Pidato adalah sebahagian aktiviti wajib SINAR bagi melatih para pelajar bercakap di hadapan khalayak ramai. Ia juga memaksa pelajar untuk mengkaji topik yang dipilih dan mengarangnya sendiri dalam bentuk pidato. Tanpa mengira usia, pertandingan pidato di SINAR memberikan peluang kepada siapa sahaja yang mahu mencuba.












Pertandingan Pidato SINAR 2019 telah dimenangi oleh Saudari Wan Zainab Hanin binti Mohd Sharafi daripada Kelantan yang baru berusia 14 tahun. Pidato luar biasa beliau disampaikan sekali lagi di hadapan Ustaz Pahrol Md Joui, bertajuk “Tauhid Saintifik Lambang Peradaban Bertuham”.
Ustaz Pahrol juga menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM200.00 dan hamper. Berkali-kali Ustaz Pahrol menyatakan keterujaannya dengan penyampaikan pelajar SINAR dengan tajuk yang sukar dan berat.
Pertandingan pidato, debat, forum dan drama pentas adalah sebahagian aktiviti wajib di SINAR bagi mengasuh pelajar fasih dan bijak berhujah.
0 Comments