KURSUS INTENSIF adalah signature Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 15/11/2021
Mengahafaz perkataan Arab menggunakan Kamus Sinar Azhari.

KURSUS INTENSIF adalah signature Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) sejak awal penubuhannya di Sepang, tujuh tahun lalu. Saya mengenang kembali kemeriahan dan kecemerlangan pelajar-pelajar muda yang kami bimbing dalam kursus-kursus ini.Melalui Kursus Kefahaman al-Quran, pelajar dipekenalkan dengan kaedah memahami al-Quran yang sebelum ini hanya dibaca dan dihafaz. Lihat keterujaan mereka mensyarahkan kembali kalam-kalam Allah yang telah mereka fahami. Mereka membentangkan syarahan ini di hadapan ibubapa dengan hanya menggunakan mushaf al-Quran tanpa terjemahan dan karangan.

Dan orang lain masih membahaskan sama ada kanak-kanak sesuai memahami al-Quran atau tidak? Sekali lagi SINAR melanggar khurafat bahawa kanak-kanak tidak boleh faham al-Quran.Kali ini Kursus Kefahaman al-Quran kembali lagi dengan membawa Surah al-Maarij yang akan diadakan selama 5 hari, 13 sehingga 17 Disember 2021. Sila lihat maklumat lanjut pada poster di dalam gambar.

Latih tubi bersama guru dan fasilitator.

Tahun ini, SINAR juga membawakan Kursus Khas Jom Mengaji al-Quran @ SINAR yang memberikan fokus kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca al-Quran atau masih membaca Iqra. Sedangkan sistem Iqra diasaskan untuk pelajar boleh membaca al-Quran dalam masa 30 jam. Dan saya bukti hidup yang berjaya dengan sistem ini. Kursus ini dibuka untuk anak-anak yang berada di Port Dickson kerana kelasnya hanya pada waktu siang dan penginapan tidak disediakan. Lihat poster untuk keterangan lanjut.

Kursus paling berprestij adalah Kursus Intensif Bahasa Arab yang menjadi paling sukar tetapi paling mendapat tempat. Lihat sahaja gambar-gambar kenangan program ini dari tahun 2015 sehingga 2019.

Kecemerlangan peserta-peserta dalam kursus ini memang luar biasa dan melanggar sistem pengajian Bahasa Arab biasa yang mengambil masa lebih lama.Boleh bayangkan peserta yang zero Bahasa Arab boleh menghafaz dengan baik tasrif semua wazan utama dalam Bahasa Arab dalam masa 10-14 hari sahaja.

Bagaimana dalam masa yang singkat peserta sudah boleh mengenal alamat-alamat I’rab yang utama dan mampu menentukan i’rab setiap kalimat dalam ayat?

Mereka sudah berupaya mengarang ayat-ayat yang ringkas dan sederhana dengan ketepatan 90% nahu dan saraf.Ada peserta yang sentiasa mendapat D dalam ujian Bahasa Arab dan akan mengambil SPM tahun hadapan. Dalam masa dua minggu sahaja, keputusan SPM untuk subjek Bahasa Arabnya adalah A. Dan ini bukan kes terpencil tetapi berlaku saban tahun.Alhamdulillah… SINAR amat bersyukur dapat memberikan kursus intensif kepada mereka yang mencintai dan ingin menguasai bahasa Syurga dan bahasa al-Quran ini.Tahun ini, Kursus Intensif Bahasa Arab akan diadakan selama 10 hari bermula 18 sehingga 28 Disember 2021.

Penyertaan terhad untuk 20 orang sahaja. Lihat poster untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.Atau hubungi Mudir, Ustaz Rohidzir Rais, 019-3459257

www.danasinar.com

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

Ke mana haluan selepas menghafaz al-Quran?

Persoalan utama bagi sekolah-sekolah agama dan ibubapa yang mempunyai anak yang telah tamat hafazan al-Quran. Dalam banyak keadaan, pelajar, ibubapa dan mudir sekolah tidak dapat menetapkan hala tuju sebenar agar pelajar yang telah gigih menghafaz al-Quran dapat...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *