7 September 2019
Ketika pos ini saya layarkan ke muka buku, anak-anak pelajar SINAR sedang dalam dewan peperiksaan bagi menghadapi ujian penilaian Bahasa Arab yang akan menentukan kedudukan kelas mereka dalam kelas bahasa ini. Bayangkan dalam keadaan baru kira-kira dua bulan keberadaan mereka di kota Kaherah, nama mereka sudah diterima masuk ke kelas peralihan bahasa Arab.

Ujian ini tidak remeh dan menjadi mimpi ngeri kepada kebanyakan pelajar Malaysia sama ada bagi memasuki Buuth, Ulum Syariah atau ke kuliah lain. Semua mereka wajib melalui ujian bahasa ini. Dalam ujian ini, setiap pelajar diuji kemampuan Bahasa Arab dalam menulis, mendengar, membaca dan bercakap.
Bagaimana jika pelajar yang belum belajar Bahasa Arab atau mempunyai pengetahuan yang terlalu asas datang ke Mesir dalam keadaan tidak bersedia? Alangkah kasihannya mereka. Apa lagi ibubapa yang termakan pujuk rayu agen yang mendakwa kononnya anak-anak mereka akan diberikan asas Bahasa Arab yang lengkap bagi menghadapi ujian ini.

Menyedari kesungguhan ibubapa dan anak-anak Melayu yang gigih mahu menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar sama ada melalui STAM, SPM atau Buuth, saya melalui Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) menawarkan perkhidmatan menyiapkan pelajar dan menguruskan pendaftaran dan penempatan mereka di al-Azhar, Mesir.
Menyiapkan pelajar bererti, pelajar yang mahu ke sana perlu mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab yang dilaksanakan setiap hujung tahun di SINAR. Sejak awal penubuhannya, SINAR menawarkan kepakaran dalam membimbing pelajar yang lemah atau tidak pernah belajar Bahasa Arab hingga mampu membaca teks tanpa baris, membina ayat dengan kemas dan meni’rob pada peringkat asas dan sederhana. Insyallah dalam masa dua minggu!
Dengan asas yang baik dalam ilmu nahu, soraf dan hafazan kalimat-kalimat asas Bahasa Arab, anak-anak yang ke Mesir lebih bersedia.
Maklumat lanjut mengenai Kursus Intensif Bahasa Arab ajnuran SINAR boleh dilihat pada poster berikut.

Atau layari : www.danasinar.com
0 Comments