Luar Biasa… Itu ungkapan yang boleh saya berikan kepada barisan pembentang Seminar Muamalat Kontemporari SINAR 2025 yang menamatkan acara pada jam 11 malam. Mereka telah memulakan progam ini pada jam 9.30 pagi ini.
20 orang pelajar dari kelas Mutafauwiq Awwal, Mutawasit Awwal dan Thani telah diberikan tajuk yang berbeza dan ditugaskan mengkaji dan meneliti tajuk-tajuk ini. Dengan bantuan guru merek, Ustaz Nuwair Farhan, mereka berjaya menyampaikan perbentangan yang cukup akademik. Rasanya program anak-anak muda ini lebih berilmu daripada program bersembang asatizah dan artis popular.
Menarik untuk dicatatkan bagaimana pelajar-pelajar ini mampu berdiri di hadapan dan menyampaikan bahan mereka dengan keyakinan yang tinggi. Suara dan intonasi yang digunakan juga amat matang dan menyakinkan. Sedang mereka baru berusia 13 sehingga 18 tahun, dan belum pun masuk ke universiti.
Pelajar yang mendengar juga tidak kurang hebatnya dengan mengemukakan soalan bertubi-tubi kepada pembentang. Jam 5.30 pagi esok, mereka akan menjawab ujian berdasarkan apa yang mereka pelajari dalam seminar hari ini.
Jika dengan isu-isu kontemporari dalam bab muamalat ini mereka mampu kuasai dan fahami, saya membayangkan masa depan yang cemerlang untuk pelajar-pelajar ini andai mampu menghabiskan kuliah mereka sehingga ke peringkat Ma atau Phd di Universiti al-Azhar.
Alhamdulillah…
Agak malang, usaha mereka tidak begitu dihargai dan nilai oleh sebahgian ibubapa mereka sendiri.
0 Comments