Membumikan Syariat Tuhan dalam Setiap Ranah Kehidupan Manusia
Idea pelajar-pelajar muda membentangkan kajian mereka di dalam dewan kuliah universiti di hadapan orang awam, pelajar dan mungkin pensyarah, telah lama ada sejak Sekolah Islam Nur al-Azhar mula ditubuhkan. Tetapi selepas 10 tahun, idea ini gagal dilaksanakan atas kelemahan dan kekurangan saya sendiri.
Lalu, tahun ini, untuk pertama kalinya, pelajar-pelajar SINAR akan menjadi ahli panel yang akan membentangkan kajian mereka dalam seminar ini. Program ini saya jayakan tahun ini kerana terkesan dengan dua seminar dalaman yang diadakan di SINAR, iaitu Seminar Falsafah dan Seminar Kaedah Fiqh. Dalam kedua-dua seminar ini, saya mendapati pelajar-pelajar muda ini bersungguh-sungguh menyiapkan kajian mereka, menghasilkan slaid dan paling menarik membentangkannya dengan baik kepada rakan-rakan yang lain.
Kerana itu, saya memberikan peluang kepada mereka untuk melaksanakan seminar di tempat lain dan di hadapan audien luar yang tidak mereka kenali. Ia sebagai latihan terbaik bagi meningkatkan keyakinan diri, kemampuan bertutur di hadapan khalayak dan taakulan dalam isu yang pelbagai. Kertas kerja mereka juga akan diterbitkan dalam bentuk buku dan dijual pada hari seminar.
Berikut adalah senarai tajuk dan pembentang yang akan terlibat dalam seminar ini:
1. “Penyahbaratan Sebagai Syarat Utama Kejayaan Islamisasi Ilmu, Pandangan Dr. Muhammad Naquib al-Attas dalam Islam dan Sekularisme.” -Muhammad Anas Aqif (13 tahun) – Tema: Falsafah.
2. “Pelaksanaan Undang-undang Jenayah Islam dalam Sejarah Melayu: Analisis Aplikasi Hukum Pidana / Jenayah pada Zaman Pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah” – Muhammad Syahin bin Muhammad Zakir Shah (14 tahun). Tema: Sejarah & Fiqh
3. “Perspektif Islam Berdasarkan Wahyu Dan Sains Tentang Asal Usul Kehidupan Melangkaui Mitos Teori Evolusi” – Nurul Amna binti Mohd Aminudeen (18 tahun) – Tema: Tauhid Saintifik.
4. “Hukum Tawaf Wada’: Antara Kewajipan, Keringanan, dan Implikasi Kaedah Al-Masyaqqah Tajlibu At-Taisir dalam Konteks Kepadatan Jemaah Umrah” – MUHAMMAD ILYAS (14 tahun) – Tema: Kaedah Fiqh.
5. “Budaya dalam Kawalan Syariat: Peranan “Al-‘Adah Muhakkamah” dalam Menyaring Liberalisme”. – Muhammad Zarith Irfan bin Zuad Firdaus (18 tahun), Tema: Kaedah Fiqh & Falsafah.
6. “Islam dan Melayu: Jejak Sejarah yang Membentuk Identiti Bangsa Melayu” – Ahmad Bunyamin bin Ahmad Fadzil, (13 tahun) Tema: Sejarah.
7. “Peranan Kesultanan Melayu Melaka sebagai Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, sebagai Menolak Dakwaan bahawa Melaka hanya Pusat Perdagangan” – Ahmad Furqan bin Ahmad Fadzil, (14 tahun), Tema: Sejarah.
8. “Apabila Alam Berkata ‘Kami Juga Makhluk Allah’: Suatu Tinjauan Akidah dan Etika Ekologi Islam.” – Raja Azzam bin Raja Ezra, (16 tahun), Tema: Tauhid Saintifik.
9. ”Falsafah Sains dalam Islam perlu dikembalikan kepada cara berfikir Al-Ghazali sebagai Respons terhadap Cabaran Epistemologi dan Etika Sains Moden” – Amirul Hassan bin Hasanuddin, (19 tahun) Tema: Tauhid Saintifik & Falsafah.
10. “Aplikasi Kaedah Addarar Yuzal dalam Konteks Perubatan Bidang Farmasi” – Umar bin Khairulbaktiar, (17 tahun) Tema: Kaedah Fiqh.
Tarikh: 5 Julai 2025
Hari: Sabtu
Masa: 9 pagi – 5 petang
Tempat: Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
* Poster sementara janaan Ai. Poster sebenar akan menyusul.
0 Comments