Malangnya masih mahu merujuk kepada wanita Barat juga sebagai rujukan. Lebih malang menjadikan watak khayalan, diulang khayalan dalam filem, komik dan novel sebagai idola wanita sejata. Aduh… sakit jiwa…

FATIMA AL-FIHRI – Wanita terpelajar yang membuka universiti pertama dunia, Universiti Qarawiyin. Pelajar datang daripada seluruh pelosok dunia bagi memasuki universiti ini yang mengajar pelbagai bidang ilmu termasuk astronomi, sains dan pelbagai bahasa. Ia dimulakan oleh seorang wanita Muslimah yang mengubah dunia.

MARIAM AL-ASTROLABIYA – seorang saintis dan pereka wanita yang berjaya menghasilkan astrolabe terbaik yang menjadi alat penting dalam astronomi. Ia dicipta oleh seorang wanita dari Syria.
SUTAYTA – Pakar dan genius dalam bidang matematik yang menyelesaikan beberapa masalah penting dalam algebra yang menjadi rujukan hingga kini. Wanita muslimah ini juga menguasai pelbagai bidang lain seperti hadis, fiqh, dan kesusasteraan Arab.
ZAYNAB AL SHAHDA – Pakar penulis khat yang amat mahir dan menghasilkan karya seni luar biasa. Pada zaman pemerintahan Abbasiah, wanita ini dilantik sebagai guru khat utama. Dia juga menguasai imu fiqh dan hadis.
Ketika para srikandi Muslimah ini menjadi sebahagian daripada masyarakat muslim yang menyinarkan cahaya ilmu mereka ke seluruh Alam, wanita di Barat masih dipertikaikan hak untuk belajar dan memiliki harta. Malah perbahasan juga berlaku bagi membincangkan sama ada wanita ini boleh dianggap sebagai spesies manusia atau haiwan!
Hari ini, para wanita Barat terpaksa pula bersaing dengan wanita tiruan yang bertubuh sasa dalam olahraga dan pekerjaan. Alangkah kasihan!
http://www.dailynebraskan.com/opinion/mcclure-transgender-women-should-not-participate-in-women-s-sports/article_465fdf02-86b9-11eb-8982-678f35337fe5.html

0 Comments