
Hari ini, Ahad bersamaan 20 Februari 2022, tiga orang pelajar puteri SINAR mengikuti Ujian Penentuan Kelas Thanawi yang bertempat di Kuliah Buuth Banan. Mereka adalah Nur Tasnim binti Yusri, Wan Suwaibah binti Wan Zulkifli dan Wardah Qistina binti Kamarulzaman.
Bersemangat untuk mengambil peperiksaan penentuan kelas Tsanawi. Pagar sekolah belum buka sudah sampai.
Selepas melalui dengan cemerlang Ujian Bahasa Arab dan Ujian Kelayakan Kelas I’dadi, kini ujian yang lebih sukar. Tempat mereka di Tsanawi 1 sudah terjamin. Tetapi mereka masih mahu mendapatkan tempat di Tsanawi 2 atau 3 atau terus ke Universiti al-Azhar.Mohon doakan kejayaan untuk anak-anak ini.

Memang teruja kerana kebanyakan pelajar yang sampai ke peringkat Buuth adalah pelajar Indonesia atau negara lain. Hari ini ada tiga orang wakil Malaysia. Alhamdulillah
Mereka juga m maklumkan hanya 9 orang pelajar perempuan yang berjaya ke tahap ini dan pelajar Malaysia paling ramai. Masyallah

1 amerika
1 faransa (Perancis)
1 belanda
1 rusia
2 indonesia
3 malaysia
0 Comments