‘Dangoi’ adalah istilah bahasa Melayu Utara yang bermaksud mentah. Ia gambaran saya mengenai pelajar-pelajar SINAR yang baru memasuki sekolah ini dalam keadaan tidak tahu apa-apa. Pengurusan diri yang rendah sehingga perlu diarahkan untuk mandi, sabun, potong kuku dan membasuh baju. Sehingga kepada ketidakuapayaan bercakap di hadapan dan tidak tahu bagaimana mahu belajar.Melihat pelajar-pelajar baru memasuki SINAR tahun in dan tahun-tahun sebelum ini, gambaran yang sama ketika pelaar-pelajar generasi awal SINAR.

Lalu semalam saya melakukan pertemuan atas talian dengan semua pelajar-pelajar SINAR yang sedang berjihad ilmu di Bumi Mesir. Menyaksikan kematangan dan kesungguhan mereka meninggalkan ibubapa dan tanah air demi mengejar impian akademik mereka ada sesuatu yang amat membanggakan. Dan saya tidak dapat tidak untuk membayangkan gambaran mereka ketika pertama kali memasuki SINAR.Kebanyakan mereka memasuki SINAR pada usia 9- 12 tahun dalam keadaan masih keanak-anakan. Wajah polos mereka mengikuti pelajaran yang lebih tinggi daripada usia mereka masih kekal dalam ingatan. Pun dengan kepayahan itu, mereka sabar dan patuh dengan arahan guru dan impian ibubapa. Ketika anak-anak seusia mereka sedang sibuk dengan gajet atau mainan baru, mereka bangun seawal 4.30 pagi setiap hari untuk mengikuti kelas selama 10-12 jam sehari.

Anak-anak ‘dangoi’ ini, kini sedang berenang di dalam lautan ilmu yang tidak bertepi di samudera al-Azhar. Kejayaan demi kejayaan yang mereka capai di sana adalah pohon-pohon rendang yang menenangkan, walau belum sempat berbuah ranum.Namun sebelum pohon-pohon ini tumbuh mekar, tiada siapa yang tahu bagaimana mereka ditanam, dibajai, disirami air dan dilindungi dari ancaman. Anak tunas yang kecil ini tidak diperdulikan sesiapa kerana ia tidak mempunyai daun yang rimbun untuk meneduhi dan buah yang enak untuk dinikmati.Demikian tunas-tunas baru ini disemai dan dipeliharan oleh guru-guru di SINAR.

Semester tahun ini, jam mengajar saya seminggu adalah 40 jam bersamaan 160 jam sebulan. Jumlah jam yang terlalu besar dan tidak munasabah. Guru-guru lain juga memperuntukan jumlah jam besar, jauh menandingi waktu mengajar biasa di sekolah kebangsaan dan malah universiti. Tetapi itu yang perlu dikorbankan untuk melahirkan pohon-pohon rimbun yang berbuah lebat dan ranum.
Yang suatu hari akan melemparkan buah-buahnya yang enak kepada masyarakat walau pun ketika mereka dilempari dengan batu dan kayu!Pesan saya kepada anak-anak di Mesir, niat kamu semua ke Mesir bukan untuk memasuki Buuth atau Universiri al-Azhar, tetapi demi menuntut ilmu. Maka ilmu perlu dituntut walau pun bukan di Buuth dan di al-Azhar.Hari ini, tiga orang pelajar puteri SINAR akan menghadapi Ujian Kelayakan Kelas Tsanawi bagi menentukan kelas mereka pada tahap Tsanawi ini. Selepas melalui dengan cemerlang Ujian Bahasa Arab dan Ujian Kelayakan Kelas I’dadi, kini ujian yang lebih sukar. Tempat mereka di Tsanawi 1 sudah terjamin. Tetapi mereka masih mahu mendapatkan tempat di Tsanawi 2 atau 3 atau terus ke Universiti al-Azhar.
Mohon doakan kejayaan untuk anak-anak ini. Mereka adalah Nur Tasnim Yusry, Wan Suwaibah dan Wardah Qistina.

Ustaz Rohidzir Rais Pekebun Pohon Dangoi
0 Comments