Peluang para hafiz ke Universiti al-Azhar

Tidak tahu!
Entahlah, mungkin ambil SPM.
Mengajar Quran agaknya...
Ini jawapan paling kerap diberikan oleh ibubapa yang mempunyai anak-anak yang telah tamat menghafaz al-Quran atau hampir tamat. Jawapan yang sama diterima daripada anak-anak mereka atau langsung tiada jawapan.
Lalu apa tujuan menhantar anak untuk menghafaz al-Quran tetapi tidak berniat agar anak mampu memahami al-Quran, Bahasa Arab dan Ulum Syariah yang lain.
Alangkah malang dan ruginya pelajar aliran tahfiz yang bijak dan berakhlak tidak dibimbing ke arah pengajian Islam yang lebih lengkap agar Quran yang bersemadi di dalam dada mereka dapat difahami dan diamalkan.
Ibubapa yang mempunyai anak-anak hafiz mempunyai tanggung jawab besar bagi memastikan anak-anak terpilih ini meneruskan pengajian dalam bidang agama bukan bidang lain yang tiada kaitan dengan al-Quran.
Mengapa tidak siapkan anak-anak hafiz ini untuk menyambung pengajian ke universiti tertua dunia, Universiti al-Azhar, Mesir.
Bolehkah mereka memasuki al-Azhar tanpa SPM? Ya boleh yang penting adalah penguasaan Bahasa Arab yang cemerlang dan lengkap serta ilmu syariat yang luas.
Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) untuk pertama kalinya membuka ruang untuk pelajar-pelajar yang telah menghafaz al-Quran untuk dibimbing hingga mampu menyambung pelajaran ke Universiti al-Azhar.
Pelajar hafiz yang tidak pernah mempelajari Bahasa Arab dan ilmu syariah lain sukar untuk menyambung pelajaran ke mana-mana pengajian. Memaksa mereka mengambil SPM juga adalah tindakan yang tidak adil kerana mereka tidak pernah mempelajari subjek akademik sebelum ini.
Kerana itu, SINAR menyusun silibus khas membolehkan pelajar ini untuk kekal memeliharan hafazan Quran mereka dan dalam masa yang sama mempelajari secara intensif Bahasa Arab hingga mampu membaca teks tanpa baris, bertutur dengan fasih, mendengar dan menonton rancangan Arab dan menulis karangan dalam Bahasa Arab dengan baik. Mereka juga dimantapkan dengan ilmu syariah merangkumi fiqh syafii, usul fiqh, hadis, tafsir dan lain-lain.
Hanya selepas menguasai ilmu-ilmu ini pelajar diberikan pilihan sama ada mengambil peperiksaan STAM dan terus kuliah atau memasuki Ma’had Buuth dahulu sebelum ke kuliah di Universiti al-Azhar.
Saya mengalu-alukan pengusaha dan pengetua tahfiz untuk bekerjasama dengan SINAR bagi menempatkan pelajar-pelajar mereka yang telah khatam al-Quran di SINAR.
Insyallah kita mahu melahirkan lebih ramai al-Hafiz yang juga al-Azhari.
*Mohon kongsikan kepada rakan-rakan yang mempunyai anak hafiz atau kepada pengetua maahad tahfiz.
* Jemput hadir ke Taklimat dan Temuduga Pelajar dan Ibubapa pada 9 November 2019, jam 9 pagi di Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR), Port Dickson.
Maklumat lanjut layari www.danasinar.com
0 Comments