
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Tuan dan Puan, Para Ibu Bapa dan Waris calon-calon Pelajar SINAR 2019 yang dihormati dan dikasihi.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan pelajar yang berminat mendengar penerangan mengenai sistem pengajian di SINAR. Taklimat ini menjadi kewajipan kepada semua ibu bapa yang mahu anak-anak mereka dibimbing oleh pembimbing-pembimbing SINAR berasaskan sistem tersendiri. Ibu bapa juga perlu jelas tentang hala tuju pengajian anak-anak di SINAR. Ini bagi mengelakkan salah faham ibu bapa apabila anak-anak telah memulakan pelajaran di sini.
Dalam masa yang sama, calon-calon pelajar SINAR untuk sesi 2019 pula akan menghadapi temuduga bagi menilai kemampuan dan kesesuaian pelajar dengan sistem pengajian SINAR yang lasak dan tinggi.
3. Taklimat sekolah dan temuduga pelajar dan ibubapa akan diadakan seperti mana yang berikut:
Tarikh : 9 November 2019
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 Pagi
Tempat: Dewan Syeikh Ahmad al-Fatoni, SINAR , LOT 863, Jala Haji Razak, Kampung Baru Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
Tentatif Program:
9.00 Pagi : Pendaftaran dan Sarapan
9.30 Pagi: Ucapan Aluan Tim Pengerusi, Prof Madya Dr Irwan Mohd Subri
9.40 Pagi: Dialog Pelajar SINAR bersama Ibubapa
9.50 pagi: Taklimat Ibu Bapa oleh Tim Mudir Ustaz Mohd Zuhdi serentak dengan Ujian Bertulis Pelajar
11.00 Pagi: Temuduga Ibu Bapa
12.30 Tengah hari: Bersurai
4. Calon- Calon Pelajar SINAR sesi 2020 diminta membawa bersama kelengkapan seperti yang berikut:
1) Salinan IC/ Surat Beranak Pelajar
2) Salinan IC Ibu Bapa
3) Mushaf Al-Quran
4) Kertas Kajang
5) Peralatan Alat Tulis
6) Salinan Sijil Pelajaran (Yang Ada)
* Borang permohonan pelajar akan diberikan pada hari tersebut.
Konsep Ujian dan Temuduga:
1. Soalan Bertulis: Pelajar diberikan kertas soalan bagi menjawab beberapa soalan asas mengenai Tajweed, Fiqh, Sirah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
2. Soalan Oral:
i. Membaca al-Quran di hadapan guru pada mana-mana bahagian yang dipilih.
ii. Menghafaz setengah halaman al-Quran dalam masa 30 minit atau kurang.
iii. Soal jawab calon dengan guru berdasarkan isu-isu semasa berkaitan pelajar, keluarga dan masyarakat.
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pelajar yang berjaya dalam temuduga ini akan dihubungi dalam masa seminggu dan ibubapa perlu memberikan keputusan sama ada meneruskan hasrat untuk anak meneruskan pengajian di SINAR atau sebaliknya.
Pelajar yang lulus juga diwajibkan mengikuti satu lagi tapisan iaitu kursus 3 minggu di SINAR.
– Kursus Kefahaman al-Quran pada 24 – 30 November 2019 (semingu)
– Kursus Intensif Bahasa Arab pada 1 – 14 Disember 2019 (dua minggu)
* Ibubapa perlu mendaftarkan anak pada pagi 24 November 2019 dan mengambil semula pada 14 Disember 2019. Mohon ibubapa melapangkan masa anak-anak untuk tarikh 24 Nov hingga 14 Disember 2019.
• Pendaftaan sesi 2020 adalah pada 5 Januari 2020.
Maklumat lanjut, layari: www.danasinar.com
Segala keprihatinan Tuan/Puan serta para waris didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah merahmati kita Semua.
Sekian, jazakumullah khairal jaza’.
Mudir SINAR
Ustaz Rohidzir Rais
# Sebarang pertanyaan mohon hubungi Mudir Ustaz Rohidzir Rais – 019-345 9257
0 Comments