
SABTU, 30 OKTOBER 2021, JAM 12.00 TENGAH HARI
Misi tahunan SINAR bagi mencari pelajar-pelajar bijak dan berakhlak mulia untuk disatukan di bawah satu bumbung. Mereka akan dipertemukan dengan barisan pembimbing berwibawa dan cekal bagi melaksanakan silibus pengajian SINAR yang tinggi dan mencabar.Kerana itu, SINAR bukan hanya mahu mencari pelajar dalam jumlah yang ramai dan berbangga dengan angka yang besar. Sebaliknya, kami sedar silibus yang disediakan di sini tidak mungkin sesuai untuk semua pelajar.
Lalu media masa seperti radio dan televisyen menjadi medium penting menyampaikan mesej ini kepada lebih ramai ibubapa. SINAR mahu mereka yang mempunyai anak-anak yang bijak, cemerlang dalam akademik dan sakhsiah mempunyai tempat yang sesuai dan meraikan kebijaksanaan mereka.Pelajar yang berSINAR minda dan akhlaknya mempunyai cara berfikir yang berbeza dan lebih matang daripada anak-anak sebaya mereka. Keinginan bersaing dan memdapatkan ilmu baru sentiasa bergelora dalam hati mereka. Gelora ini yang sering dikecewakan kerana aliran pengajian biasa tidak membezakan mereka dengan pelajar lain. Suatu kezaliman apabila terpaksa menyekat potensi pelajar-pelajar ini hanya kerana sistem pendidikan arus perdana tidak mengizinkan mereka mencapai keilmuan melebihan aras usia mereka.
SINAR sebaliknya, meraikan keterujaan dan kesungguhan pelajar-pelajar ini. Kekuatan minda mereka sentiasa diuji dengan subjek-subjek yang meningkat secara drastik. Ketahanan jiwa mereka dicabar dengan masa pengajian yang panjang sehingga 10-12 jam sehari. Sesuatu yang bercanggah dengan kefahamaan pendidikan biasa.Namun kejayaan pelajar-pelajar SINAR yang telah menjejakkan kaki ke Mesir adalah bukti keberhasilan silibus SINAR, walau dipertikaian sejak awal penubuhannya. Malah pelajar-pelajar SINAR yang sedang belajar di Ma’had al-Buuth al-Azhar mempamerkan kecemerlangan yang membanggakan sehingga menaikkan nama SINAR dalam kalangan guru-guru. Malah, sisi negatif yang terpalit kepada pelajar-pelajar Buuth yang dianggap malas dan membuang masa juga berjaya dibersihkan. Dan pelajar-pelajar ini mengejutkan para guru dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang sehingga mendapat sijil penghargaan sebagai pelajar terbaik. Sedangkan mereka hanya anak-anak yang masih muda, semuda 13 tahun.

Kejayaan seorang pelajar SINAR diterima masuk ke Universiti al-Azhar dalam usia 15 tahun adalah pencapaian yang luar biasa dan patut dibanggakan. Ia membuktikan sistem pendidikan SINAR diiktiraf oleh al-Azhar. Malah, tahun hadapan, saya meramalkan sekurang-kurangnya 4 orang pelajar muda SINAR akan memasuki kuliah juga. Dan tidak mustahil angkanya lebih daripada ramalan.Sungguh, sinaran SINAR di bumi Anbia ini memberikan semangat kepada saya sebagai Mudir dan pengasas bersama SINAR untuk meneruskan sistem ini.
Insyallah, saya positif bahawa SINAR akan menghantar pelajar-pelajarnya ke Mesir setiap tahun.Jika anak-anak anda mempunyai potensi yang diharapkan dan ibubapa sendiri bersedia untuk lari daripada sistem pendidikan arus perdana yang tidak ke mana atau sistem pengajian Islam yang terlalu berasaskan tahfiz tanpa hala tuju yang jelas, malah anak-anak anda pula menunjukkan prestasi membanggakan dalam akademik, maka Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) adalah jawapan kepada pencarian sekolah yang sesuai buat permata hati anda.
Jangan lupa mendengar bual bicara saya bersama DJ Syafik pada hari Sabtu ini di radio IKIM.FM pada jam 12 tengah hari.
Mohon kongsikan maklumat ini kepada siapa sahaja. Mana tahu ada dalam kalangan keluarga atau sahabat yang mempunyai anak-anak yang berSINAR.
Ustaz Rohidzir Rais
Mudir SINAR
Temuduga pelajar dan ibubapa untuk pengambilan pelajar sesi 2022 akan diadakan pada bulan 6 November 2021. Calon pelajar wajib mendaftar lebih awal bagi mengikuti temuduga ini. https://asis.awfatech.com/asis0036/
0 Comments