
MESIR adalah antara tamadun paling awal manusia dan adalah yang paling panjang sejarahnya. Pemerintahan secara dinasti dan sebagai sebuah tamadun bermula sejak 3200 SM walau pun sebenarnya lembah Nil telah menjadi tumpuan manusia sejak Zaman Paleolitik lagi. Mesir menjadi saksi kepada permulaan peradaban manusia dan berselisih dengan pelbagai peradaban lain yang berbeza. Kerana itu ia digelar ummu dunia atau ibu dunia.Mendalami sejarah adalah tuntutan Allah yang menurunkan pelbagai catatan peristiwa yang menjadi bukti kerasulan dan juga motivasi kepada Rasulullah dan orang beriman menghadapi kesukaran berdakwah.
Firman Allah kepada Nabi Muhammad
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَـذَا الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
Tidak mudah memahami perjalanan tamadun Mesir yang panjang dan sarat dengan konflik. Mungkin ramai yang mengenai Mesir sebagai negara Firaun yang dimusnahkan Allah dalam konfliknya bersama Nabi Musa a.s. Juga menjadi latar peristiwa Nabi Yusuf a.s menjadi pemerintah negara ini. Menurut Dr Ali Jumuah, perkataan Mesir juga disebutkan secara langsung sebanyak lima kali di dalam al-Quran dan secara tidak langsung sebanyak 30 sehingga 50 kali. Pengulangan yang banyak ini membuktikan kemuliaan negara ini.

Namun tamadun Mesir jauh lebih luas daripada kisah Firaun Nabi Musa sebagaimana yang difahami oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Mengkaji penemuan-penemuan hasil rekaan generasi silam yang kuno amat penting bagi membuktikan kepada pelajar bahawa evolusi manusia dan tamadun tidak wujud. Ini kerana apa yang dicapai oleh generasi silam sebahagiannya jauh lebih moden daripada kita sendiri. Dibandingkan dengan kaum-kaum lain yang telah dibinasakan, seperti kaum Sodom (Nabi Lut), kaum Nuh, Tsamud, Madyan dan lain-lain, tamadun yang ditinggalkan oleh Firaun adalah yang paling banyak kesannya dan boleh dikaji.

Piramid adalah mercu tanda kecemerlangan Mesir Purba dalam kejuruteraan yang tidak mampu difahami apa tah lagi dicabar oleh kejuruteraan moden hari ini. Kemajuan mereka dalam bidang kimia pula dapat dilihat melalui teknologi mumia yang luar biasa. Lalu di mana letaknya dakwaan evolusi ilmu yang dicanangkan oleh barat?Melalui kajian ini kita dapat simpulkan bahawa Firaun dan kaum-kaum lain yang dimusnahkan telah mencapai kemajuan material tertinggi pada zaman mereka atau mungkin tidak tercabar sehingga kini. Tetapi yang menjadikan mereka kufur dan jahil adalah kerana keengganan mereka untuk taat kepada utusan Allah dan menyembah-Nya. Lalu para asatizah dan pelukis buku bergambar kanak-kanak perlu berhenti menggambarkan kaum-kaum yang menentang para nabi ini sebagai kaum primitif yang hidup di dalam gua atau bangsa Arab padang pasir.Lalu kalau kita berbangga dengan kemajuan material yang ada pada kita hari ini sehingga ingkar kepada perintah Allah, apakah Dia tidak boleh membinasakan kita sebagaimana dia menghapuskan tamadun-tamadun yang jauh hebat sebelum ini?

KEMBARA JEJAK TAMADUN MESIR 2022 kali ini dianjurkan bagi mengajak orang awam mengenali sejarah panjang Mesir yang luar biasa. Mesir juga pernah dijajah oleh Rom yang meninggalkan banyak peninggalan yang masih kekal sehingga hari ini. Demikian juga kehadiran Iskandar Zulqarnain yang mengubah landskap negara ini. Berada di bawah payung Kerajaan Islam Utmaniyyah juga memberikan kesan kepada rakyatnya. Pengaruh yang besar daripada penjajahan Perancis dalam dilihat dengan jelas dalam sistem pendidikan dan pemerintahan Mesir hari ini.
Namun, kehadiran Universiti al-Azhar yang menyambut kelahirannya yang ke-1,082 adalah kemuncak kegemilangan Mesir. Universiti antara yang tertua di dunia ini memainkan peranan yang besar dalam menyiapkan kadet-kadet Islam yang berdakwah ke seluruh pelosok dunia. Malaysia menerima barakah daripada universiti ini melalui lepasan al-Azhari yang pulang meneruskan dakwah mereka di tanah air sejak sebelum merdeka lagi. Melalui asatizah yang pulang daripada Mesir, dakwah Islam digerakkan dan dipertahankan sehingga Islam kekal sebagaimana yang ada pada hari ini.

Bersama saya menjejaki tamadun Mesir dalam KEMBARA JEJAK TAMADUN MESIR 2022 yang akan berlangsung pada 18 – 26 Jun 2022.
18 Jun – Bertolak dari KLIA
19 Jun – Sampai di Kaherah, aktiviti malam, makan malam di atas Cruise di Sg Nil20 Jun – Lawatan sekitar Kaherah (Piramid dan Muzium Ketamadunan Mesir, dll)
21 Jun – Lawatan ke Alexandria menyaksikan sejarah ketamadunan Rom
22 Jun – Lawatan ke Muzium Keseniaan Islam dan Kawasan sekitar Kaherah
23 Jun – Bertolak ke Sinai untuk menelusuri sejarah Nabi Musa, mendaki Jabal Musa dan makan malam di khemah Arab Badwi
24 Jun – Bertolak pulang ke Kaherah
25 Jun – Pagi, lawatan ke Masjid Al Azhar dan membeli belah cenderahati di Hussein
– Tengahari : siap sedia check out
– Jam 2 petang : Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah
Pendaftaran dan Pertanyaan: https://api.whatsapp.com/send?phone=60193459257&text=Berminat%20menyertai%20Kembara%20Jejak%20Tamadun%20Mesir%202022
atau hubungi 0193459257

0 Comments