PENDIDIKAN AGAMA TIDAK PERNAH PERCUMA TETAPI PALING BERHARGA

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 16/05/2022

Anak bongsu saya bersekolah di sekolah rendah swasta memerlukan saya membayar RM330.00 sebulan. Anak ketiga saya pernah belajar di pra sekolah dengan yuran RM350.00 sebulan. Sudah ada sekolah berasaskan tahfiz semata-mata yang meletakkan yuran RM900.00 sebulan. Begitu juga dengan sekolah intergrasi yang tidak menyediakan asrama.

Semua sekolah ini jika dibandingkan dengan tempoh pengajian, pembimbing dan silibus pengajian dengan Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) adalah jauh berbeza. Lalu adalah tidak munasabah apabila yuran bulanan SINAR yang menyediakan guru-guru pakar dengan tempoh belajar 10 jam sehari dan cuti paling sedikit, adalah RM600.00.

Jumlah RM600.00 ini adalah yuran yang majoriti ibubapa bayar kepada SINAR setiap bulan dan ia hanya mencukupi untuk menampung kos makan minum dan asrama, termasuk bil elektrik dan air yang tinggi. Lalu bagaimana dengan kos pengajian?Kos sebenar pengajian tinggi yang disediakan oleh SINAR adalah RM650.00, tidak termasuk kos asrama dan makan (RM600.00). Dengan kos ini barulah SINAR mampu memberikan elaun munasabah kepada tenaga pengajar mahir yang mempunyai sama ada Phd, Ma dan sekurang-kurangnya Ba dalam bidang pengajian agama Islam.Memandangkan SINAR membiaya pengajian hampir semua pelajarnya, maka kami juga mempunyai hak untuk menuntut kembali biasiswa yang diberikan atau menarik balik semua atau separuh daripada biasiswa yang diberikan. Sekiranya prestasi pelajar tidak mencapai tahap yang dikehendaki atau pelajar dibuang kerana masalah disiplin yang serius atau berhenti sekolah tanpa sebab. Kerana semua pembiaya misteri yang membiaya pelajar-pelajar ini sentiasa bertanya tentang perkembangan pelajar. Bukan sekali dua saya terpaksa menanggung malu apabila pelajar yang dibiaya berhenti tanpa sebab.

Hari ini, ibubapa yang memohon pembiayaan kos pengajian perlu mengisi borang permohonan dan saya sendiri menilai berdasarkan prestasi pelajar dalam semester lepas. Sebahagian besar diterima permohonan dan sebahagian kecil diterima sebahagian sahaja kerana prestasi anak tidak memberangsangkan dan kita juga tidak mampu menampung semua. Hari ini juga, ibubapa dan pelajar yang memohon bisasiswa akan menandatangani Perjanjian Biasiswa Pengajian yang akan disahkan di Suruhanjaya Sumpah.

Perjanjian bertulis ini adalah mengikut anjuran Allah yang menggalakkan traksaksi seperti ini mempunyai hitam putih yang jelas. Bukan sekali dua juga ibubapa yang memberhentikan anak atau anak mereka diberhentikan sekolah enggan atau buat tidak tahu dengan hutang biasiswa yang perlu dibayar kembali. Lebih parah ada yang mempertikaikan perjanjian sedangkan perjanjian mulut atau iqrar diterima dalam Islam sebagai sah walau pun tiada hitam putih.

Anehnya ketika menerima biasiswa setiap bulan, tidak pula bertanyakan tentang perjanjian!Pun begitu, saya tidak mepedulikan tentang wang biasiswa tetapi lebih kepada prestasi pelajar. Kerana itu, pelajar-pelajar yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke Mesir, biasiswa yang mereka terima tidak perlu dibayar kembali. Ia saya anggap sebagai sedekah untuk perjalanan ilmiah mereka. Saya percaya para penderma juga redha sumbangan mereka diberikan kepada pelajar-pelajar seperti ini.

Jika seorang pelajar mengambil masa tiga tahun sehingga tiga tahun setengah untuk menamatkan pengajian di SINAR, berapakah biasiswa yang telah disediakan oleh sekolah ini untuk seorang pelajar? RM650 x 36 bulan atau x 41 = RM23,400 atau RM26,650. Ini harga untuk melahirkan pelajar bijak, berakhlak dan berdaya saing dalam pendidikan agama Islam.Saya juga merasa amat kagum atas sikap ‘tamak’ dan bijak beberapa orang ibubapa yang enggan menerima biasiswa sekolah walau pun anak mereka layak. Kerana bagi mereka pembiayaan pendidikan anak-anak mereka adalah pahala yang berpanjangan. Tiada sebab untuk mereka melepaskan peluang amal jariah ini kepada orang lain. Lain benar pemikiran ibubapa seperti ini. Menariknya, anak-anak mereka juga bijak dan berakhak.Menarik untuk dicatatkan bahawa kira-kira 85% pendapatan ibu dan bapa adalah lebih tinggi daripada elaun Mudir SINAR.

Menarik juga dalam borang permohonan, saya mendapati majoriti ibubapa SINAR menghantar semua atau kebanyakan anak-anak mereka ke sekolah agama Islam swasta. Ia melambangkan betapa mereka tidak lagi percaya kepada sistem pendidikan arus perdana yang berasaskan sekularisme dan dualisme. Lebih menarik kebanyakan ibubapa adalah guru di sekolah arus perdana.Pendidikan agama Islam tidak murah sebagaimana tanggapan ramai. Tetapi ia berbaloi. Kerana itu apabila ada ibubapa yang menyeluh dalam membuat persiapan menghantar anak ke Mesir, saya katakan bahawa sepatutnya bersyukur kerana wang pembiayaan ini jika digunakan untuk beli kereta baru atau ubah suai rumah ia akan sia-sia. Pembiayaan pengajian agama kepada anak-anak tidak pernah merugikan. Saya juga sudah ada seorang anak di Mesir dan seorang lagi bakal menyusul.Kepada penyumbang yang mahu membiayai kos pengajian pelajar-pelajar SINAR, boleh masukkan ke dua akaun teratas, Maybank (SINAR AZHARI RESOURCES) dan Bank Islam (SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)).

Bagi yang mahu membiaya pembangunan surau dan bilik kuliah yang sedang dalam pembinaan, boleh masukkan ke akaun paling bawah, Maybank atas nama Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)

USTAZ ROHIDZIR RAIS

MUDIR SINAR

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

Syarat Pengambilan Pelajar Baru SINAR 2022

Syarat Pengambilan Pelajar Baru SINAR 2022

https://youtu.be/GEU5Nwla7og Apakah syarat yang diperlukan bagi membolehkan seorang itu diterima sebagai pelajar SINAR? Soalan yang paling kerap ditanyakan. Memandangkan matlamat pengajian di SINAR adalah membentuk ilmu dan akhlak yang tingggi dalam diri pelajar, lalu...

Kelebihan Sistem Pembelajaran di SINAR

Kelebihan Sistem Pembelajaran di SINAR

Apakah sistem pengajian yang dilaksanakan di SINAR sehingga melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam subjek-subjek penting dalam bidang agama, terutamanya Bahasa Arab. Lebih-lebih lagi bagi pelajar yang terlalu muda. Bagaimana mereka...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *