ξ‚Œ

Islamisasi Sains atau Ilmu Pasti Gagal tanpa Memahami 3 perkara ini

ξ₯

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 20/02/2022

Dato Dr Osman Bakar, di dalam bukunya, TAWHID AND SCIENCE, menganalisis kegagalan masyarakat dan ilmuan memahami Sains Islam adalah kerana kegagalan melengkapkan tiga perkara ini:
1. Sejarah kegemilangan ilmuan Islam dalam sains.
2. Falsafah sains Barat yang menyesatkan
3. Falsafah sains Islam yang mahu diterapkan.

Menerapkan Islam ke dalam subjek sains atau sebaliknya tidak akan berlaku atau berlaku secara salah tanpa pemahaman ini. Lalu Sains Islam dicomotkan wajahnya sehingga dipandang hina dan memalukan. Lalu menjauhkan masyarakat dengan pendekatan sains Islam.

Buku ini menjadi teks wajib pelajar-pelajar SINAR untuk subjek Falsafah Islam dan dibimbing sendiri oleh Mudir Ustaz Rohidzir Rais

Pendekatan Dr Osman Bakar dalam membahaskan Sains Islam secara dasar dari sudut sejarah, falsafah dan praktikal akademik. Memahami keseluruhan pemikiran pemikir hebat ini, buku-bukunya yang lain juga perlu dibaca.

Semua ini membantu saya memahami Sains Islam yang selama ini saya laungkan dan amalkan di SINAR dengan lebih baik. Agak malang kerana semua buku ini belum diterjemahkan ke Bahasa Melayu, kecuali buku Tawhid and Science yang pernah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia.

Dato Dr Emiratus Osman Bakar menjadi rujukan dunia dalam isu terutamanya Sains Islam, tetapi kurang dihargai di tanah air sendiri.

Ilmuwan tempatan ini, nampaknya lebih dihargai di luar negara. Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia yang lebih meminati sosok popular dan buatan daripada ilmuan asli.

Mungkin suatu hari, karya dan buah fikiran Dr Osman akan dihargai oleh generasi akan datang. Bila? Bergantung kepada sistem pendidikan.

Ustaz Rohidzir Rais 

Empat karya hebat Dr Osman Bakar yang menjadi koleksi berharga Mudir.

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *