ξ‚Œ

π—₯π—˜π—©π—’π—Ÿπ—¨π—¦π—œ 𝗔π—₯𝗔𝗕 π—¬π—”π—‘π—š π—”π—šπ—¨π—‘π—š

ξ₯

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 20/02/2022

Ketika Arab menjadi keldai tunggangan British

Penulis-penulis Barat menggelarkannya sebagai Revolusi Arab yang Agung atau The Great Arab Revolt dan menggambarkannya sebagai kebangkitan bangsa Arab menghadapi penjajahan Uthmaniyyah yang kejam. Lalu kononnya bangsa Arab yang tertindas di bawah Turki Uthmaniyyah bangkit bagi membebaskan diri dari belenggu ini. Malah bangsa Arab hari ini juga menganggap revolusi ini sebagai titik tolak kebangkitan bangsa mereka menjadi lebih maju.Hakikatnya, revolusi ini tidak mewakili 8-10 juta penduduk Arab yang telah membaiah Turki sebagai khalifah umat Islam. Mereka setia dengan kerajaan Islam ini yang menjadi payung kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia termasuk di Kepulauan Melayu. Sebaliknya, ia adalah revolusi peribadi Syarif Hussein yang mengidamkan kuasa untuk memerintah seluruh tanah Hijjaz dan tidak berpuas hati dengan pelantikannya sebagai gabenor Makkah dan Madinah semata-mata.

Efraim Karsh and Inari Karsh dalam buku mereka, Myth in the Desert, or Not the Great Arab Revolt, menjelaskan bahawa pemberontakan Syarif Hussien ini tidak diterima oleh kebanyakan orang Arab. Malah kepimpinan dia sendiri tidak mendapat sokongan di Makkah. Sebaliknya kesetiaan pendudukan Makkah dan bangsa Arab majoritinya adalah kepada Kerajaan Uthmaniyyah yang dianggap sebagai khalifah menggantikan khalifah sebelum ini. Lalu yang diperjuangkan oleh Syarif Hussien bukan kemerdekaan Arab tetapi memperjuangkan agenda Hashimisme.

McMahon, pegawai British di Mesir, berjaya mempengaruhi Syarif Hussien agar mencetuskan pemberontakan menjatuhkan Uthmaniyyah dengan janji memberikan bantuan ketenteraan dan kewangan. Jika berjaya, mereka akan membantunya membentuk kerajaan Arab yang merdeka di Semenanjung Arab. Dan Syarif Hussien diingat sejarah sebarang orang yang melepaskan tembakan pertama ke Kota Makkah sebagai simbol memulakan pemberontakan yang mengubah landskap Semenanjung Arab sehingga hari ini.

Kita biasa membaca sirah mengenai Raja Abrahah menyerang Makkah, tetapi sebenarnya orang Arab yang telah menjadi keldai tunggangan British juga telah menyerah Makkah dan Madinah. Serangan pemberontak ini terhadap Makkah telah berjaya namun mereka mengalami kegagalan di Madinah kerana berhadapan dengan seorang pegawai tentera Uthamniyyah yang hebat dan cintakan Rasulullah, Fakhruddin Pasha atau digelar Harimau Padang Pasir. Bagi menyekat bantuan daripada Turki, pemberontak ini telah memusnahkan sistem telegram dan jalan kereta api. Jaringan landasan kereta api yang dalam pembinaan, dijalankan oleh Uthmaniyyah bagi memudahkan perjalanan umat Islam menunaikan haji, umrah dan ziarah ke kedua-dua kota suci ini. Alangkah bodohnya bangsa Arab yang memusnahkan landasan kereta api ini dan mencuri besi untuk dijual dan kayunya dijadikan kayu api!

Mereka melancarkan 130 kali serangan ke atas Madinah setiap hari dan melemparkan lebih 300 bom ke arah kota suci ini. Selama lebih 2 tahun tentera Turki mempertahankan Madinah yang dikepung oleh pemberontak Arab. Ini sejarah paling memilukan bagi umat Islam.Bermula daripada kejatuhan ini, British menjejakkan kaki ke negara-negara Hijjaz dan dalam masa yang saya Turki berhadapan dengan serangan pelbagai sudut dari negara-negara kufar. Lalu perbuatan tikam dari belakang Syarif Hussien adalah dosa yang terpaksa ditanggung oleh seluruh umat Islam. Lalu selepas kejatuhan Makkah dan Madinah serta negeri-negeri Hijjaz, apakah Syarif Hussien mendapat apa yang dijanjikannya? Apa nasib petualang agama ini? Bagaimana pula tanah suci ini jatuh ke tangan Abdul Aziz al-Saudi?
Jawapannya dan banyak lagi isu berkaitan Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah dibahaskan dalam sesi Wacana Uthmaniyyah pada hari Ahad, 21 Februari 2021 yang lepas.
Klik link untuk menonton:
https://youtu.be/GrCAQS7sXCY

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *