https://www.nst.com.my/…/malaysian-aids-council…
Laporan menakut ini sepatutnya mendapat reaksi daripada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Kerana menurut laporan ini, peningkatan pelajar-pelajar sekolah kebangsaan dan pelajar-pelajar universiti dijangkiti HIV kesan daripada perzinaan!
Ibubapa yang menghantar anak-anak ke sekolah dan universiti sepatutnya bangkit mempersoalkan keberkesanan silibus pendidikan yang diguna pakai di sekolah dan universiti sehingga pelajar-pelajar tidak tahu soal haram.
Ini bukan isu pribadi yang boleh diselesaikan sendiri oleh pelajar dan ibubapa, ia perlukan tindakan daripada mereka yang menyusun silibus. Kehancuran generasi hari ini adalah kerana kegagalan sistem pendidikan yang mereka ikuti. Bolehkah kita menafikannya?
Barat yang menjadi kiblat kita dalam pendidikan telah pun memusnahkan generasi mereka dengan pendidikan tidak bertuhan yang mereka terapkan. Kerana mengejar kemajuan duniawi, subjek-subjek yang kononnya boleh memacu kemajuan material diberikan pengiktirafan berlebihan. DI Malaysia pun sama sahaja. STEM dijulangkan sebagai penyebab kemajuan negara kita lalu melupakan unsur lain.
Bagaimana dengan Ruh, Adab dan Akhalak (RUHAAKH)?
Elemen-elemen ini, bagi mereka, tidak membangunkan negara. Kerana bagi mereka yang berpegang kepada fahaman rasionalisme dan emperisisme, agama, akhlak dan tuhan tidak ada kaitan dengan kemajuan manusia. Sebaliknya manusia mampu menentukan arah tujuan mereka sendiri. Tuhan hanya ada di masjid dan madrasah.
Menyahkan dua fahaman ini daripada subjek-subjek STEM adalah perjuangan yang belum selesai dan perlu diteruskan.
sumber asal — https://www.facebook.com/share/p/1CKidvdPpf/
0 Comments