SINAR @ TVHIJRAH

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 28/02/2022

Pagi ini dua orang krew Tvhijrah hadir di SINAR bagi menemuramah dan merakam suasana pembelajaran di SINAR. Selain melihat sistem pengajian yang berbeza dan berkongsi kejayaan pelajar-pelajar SINAR di Mesir, mereka juga membincangkan tentang pembinaan bangunan dua tingkat yang akan dibina.

Rakaman di tapak pembinaan bangunan dua tingkat.
Mudir SINAR, Ustaz Rohidzir Rais sedang ditemubual di pejabatnya tentang pengajian di SINAR dan pencapaian pelajar-pelajarnya.

Bangunan dua tingkat ini akan menempatkan surau di tingka bawah dan tiga buah kelas di tingkat atas. Belanja pembinaan sahaja adalah RM800,000.00 belum dikira perabot dan peralatan lain.

Mudir menghadiahkan dua buah buku tulisannya kepada wartawan En Ali dan jurugambar TV Hijrah.

Temuramah ini akan disiarkan pada hari Jumaat dalam slot berita pada jam 8 malam. Mudah-mudahan usaha ini dapat memberikan manfaat kepada SINAR bagi mendapatkan pelajar yang baik untuk sesi pengajian tahun hadapan dan sumbangan untuk pembinaan bangunan ini.Nantikan siaran ini nanti.

Ustaz Rohidzir Rais Mudir SINAR

www.sinarazhari.com

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

Membumikan Syariat Tuhan dalam Setiap Ranah Kehidupan Manusia Idea pelajar-pelajar muda membentangkan kajian mereka di dalam dewan kuliah universiti di hadapan orang awam, pelajar dan mungkin pensyarah, telah lama ada sejak Sekolah Islam Nur al-Azhar mula ditubuhkan....

SEMINAR MUAMALAT KONTEMPORARI SINAR 2025

SEMINAR MUAMALAT KONTEMPORARI SINAR 2025

Luar Biasa... Itu ungkapan yang boleh saya berikan kepada barisan pembentang Seminar Muamalat Kontemporari SINAR 2025 yang menamatkan acara pada jam 11 malam. Mereka telah memulakan progam ini pada jam 9.30 pagi ini. 20 orang pelajar dari kelas Mutafauwiq Awwal,...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *