
Sekurang-kurangnya itu yang boleh saya rumuskan berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun menganjurkan kursus atau kem yang membimbing kanak-kanak dan remaja mempraktikkan solat dengan sempurna. Lima sehingga tujuh hari diperlukan bagi mengajar teori taharah (kebersihan dalam Islam) dan hukum hakam solat serta amali yang memerlukan saya mempertontonkan kaedah terbaik di hadapan peserta. Selepas itu setiap peserta pula perlu mempamerkannya di hadapan saya.
Dengan ini saya boleh menegur dan memperbetulkan kelemahan yang ada. Malah untuk bacaan dalam solat, setiap peserta perlu diuji dahulu sebelum dilatih dan kemudian ujian diadakan semula sehingga setiap bacaan betul dan tepat.Percaya atau tidak, mungkin, apa yang diperoleh dalam kursus seperti inilah yang akan dipraktikkan seumur hidupnya. Malangnya, sebahagian besar ibubapa meremehkan ibadah kedua terpenting selepas syahadah ini. Memadai bagi mereka mempelajarinya di kelas Kafa dan JQAF, atau kerana ibubapa juga jahil dalam bab ini.

Dan malangnya, ketika negara masih trauma dengan serangan C19, kanak-kanak dinafikan hak untuk berada di surau dan masjid. Lalu di mana lagi dapat kita latih anak-anak ini untuk bersolat, menyukai solat dan merindukannya. Suatu generasi yang tidak cintakan solat akan lahir selepas ancaman wabak ini.Pengalaman juga menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak dan remaja dan malah orang dewasa amat lemah dengan ilmu taharah dan solat. Lalu solat dilaksanakan sekadar ikut-ikutan. Selama seumur hidup, solat ikutan ini tidak diterima. Kerana syarat sah solat, semua perlakuan solat termasuk syarat sah solat dan perkara yang membatalkan solat dan segala yang berkaitan dengannya perlu diketahui dengan jelas.


Kerana itu, solat WAJIB dipelajari ketika masih muda. Saya merasa sukar untuk mengajar orang dewasa yang telah berumur tentang solat. Kerana sifat solat itu adalah praktikal, saya perlu menguji semua peserta termasuk mendengar bacaan setiap mereka. Peserta dewasa tidak berminat dengan cara ini. Mungkin kerana mereka merasakan telah lama melakukan solat dan enggan mengubahnya lagi atau menyangka mereka telah melakukannya dengan betul. Lalu, seminar solat tidak akan berjaya memperbaiki solat.Melihat gambar-gambar kenangan melaksanakan bengkel dan kem solat di seluruh Wilayah Persekutuan dan malah hampir seluruh Malaysia, saya merasa perlunya SINAR menganjurkan kembali kem seperti ini. Juga kerana kebanyakan kem solat yang diadakan hanya dalam tempoh paling lama 3 hari. Yang pada saya mustahil mampu membimbing peserta dengan sempurna.Kepada ibubapa, korbankan sedikit harta demi menunaikan tanggungjawab solat ini kepada anak-anak. Kemahiran solat ini mungkin tidak mampu memberikan pulangan material seperti SPM dan ijazah (mungkin?), tetapi sekurang-kurangnya solat yang dilakukan oleh anak-anak kita ini, pahalanya akan mengalir juga kepada ibubapa yang membiayanya.
Kem Fiqh: IMAM CILIK, Kursus Intensif Fiqh Taharah & Solat akan diadakan pada 27 Feb sehingga 6 Mac 2022. Lapan hari adalah tempoh yang amat berharga bagi mengajarkan bab fiqh ini dengan lengkap dan sempurna.

Daftarkan anak-anak anda sekarang.Kursus Kefahaman al-Quran Surah al-Taghabun juga akan diadakan selepas kursus ini. Ibubapa boleh menggabungkan dua kursus ini dengan harga diskaun.

Hubung Ustaz Rohidzir Rais untuk maklumat lanjut di talian 019-3459257
Ustaz Rohidzir Rais
Mudir SINAR
Penulis
1. ENSIKLOPEDIA SOLAT (penulis solo)
2. SOAL JAWAB REMEH TEMEH TENTANG SOLAT (solo)
3. ANDA BERTANYA USTAZ MENJAWAB MENGENAI SOLAT (solo)
4. BIMBINGAN LENGKAP SOLAT SUNAT (bersama)5. ENSIKLOPEDIA TAHARAH & SOLAT – akan datang
0 Comments