Suapan Perpisahan…

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 25/06/2022

Dalam keterujaan membawa anak dan pelajar ke Mesir dan juga untuk bertemu dengan seorang anak lagi di Mesir dan anak-anak murid yang lain, meninggalkan dua orang anak lagi di Malaysia adalah sesuatu yang berat.

Meruntun juga jiwa melihat air mata anakanda Maryam Humaira dan Anas Aqif yang tiba-tiba menangis dan mendakap abah dengan erat. Sedangkan beberapa hari telah dimaklumkan yang abah dan mama akan meninggalkan mereka di rumah atuk di Karak. Mereka akur dan teruja untuk balik ke kampung.

Maryam dan Anas memang akrab dengan abah. Mungkin sudah mula terasa ditinggalkan dan akan mula merindu, lalu air mata mengalir laju di KLIA. Sehingga apabila rombongan Karak mahu pulang, mereka masih enggan melepaskan.

Akhirnya, saya suapkan nasi dengan patin masak tempoyak yang emak mertua sediakan. Mereka makan dengan air mata yang masih mengalir dan memandang dengan mata yang bening dan hiba.

Maafkan abah, anak-anak sekalian. Menghantar dua orang abang ke Mesir sudah cukup perit dan abah tidak berupaya membawa dua orang adik bersama. Doakan semoga diberikan keluasan rezeki untuk abah mempertemukan semua keluarga kita di Lembah Sungai Nil.

Anas sudah mula bertanya, tahun bila dia akan ke Buuth Azhar. Berdasarkan prestasi Anas dan rakan-rakan ciliknya, saya meramalkan dalam 4-5 tahun lagi. Anas yang mula memasuki SINAR atas permintaan sendiri sejak berusia 9 tahun, menunjukkan kemajuan yang baik dalam kebanyakan subjek termasuk nahu dan sorof. Dia sudah khatam menghafaz semua wazan, mujarrad dan Mazid. Juga fasih mengtasrif setanding rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah

Maryam yang baru darjah satu juga sudah mula bertanya bilakah dia layak untuk menjadi pelajar SINAR. Saya jawab, pastikan mampu membaca Al-Quran dengan fasih dan hafaz juzuk Amma. Dia teruja.

Alhamdulillah tidak sia-sia abah dan mama korbankan masa dan umur membangunkan SINAR untuk anak-anak abah dan mama dan anak-anak lain yang berjiwa kental.

Doakan untuk kami kukuh mempertahankan SINAR dan anak-anaknya.

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir dan Pengasas SINAR

Tahrir, Kaherah

Mesir

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

8 Mumtaz (Cemerlang) 6 Jayyid Jiddan 2 Jayyid Alhamdulillah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Wan Tasneem Salsabila atas kejayaan lulus tahun pertama di Universiti al-Azhar dalam fakulti Usuluddin. Beliau mendapat pangkat JAYYID JIDDAN. Masih ingat kisah pelajar...

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

Allahu Akbar! Khabar Puteh Bersih dari Bumi Ambia datang lagi mengusik jiwa Alhamdulillah... Tiga orang pelajar Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) telah berjaya menamatkan Syahadah Thanawiah yang melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar pada...

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN... Buku bukan sekadar bacaan di masa lapang, apa lagi sebagai hobi. Ia juga bukan komoditi perniagaan demi mencari laba. Sebaliknya BUKU adalah lambang ketinggian sebuah negara dan ketamadunan sebuah bangsa. Buku adalah neraca bagi menimbang tara...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *