DUALISME DALAM ILMU

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 08/08/2025

“Tanggapan terhadap dakwaan sebahagian pihak yang mengatakan bahawa agama bukanlah ilmu, dan bahawa berbicara mengenai agama adalah hak semua orang, sementara berbicara mengenai ilmu hanya terhad kepada para pakar.

Yang Berhormat Imam Besar, Prof. Dr. Ahmad al-Tayyib, Sheikh Al-Azhar, dalam program ‘Imam al-Tayyib’, Ramadan 1446 H – 2025 M, episod 21.”

Aneh sebenarnya apabila semua orang dalam pelbagai bidang mahu bercakap tentang agama, tetapi beranggapan orang agama tidak boleh bercakap tentang bidang mereka. Contohnya, orang sains beranggapan bidang mereka tiada kaitan dengan akidah atau teologi lalu mereka bebas mengeluarkan apa sahaja kenyataan tanpa rasa bersalah atas nama sains dan ilmu kata mereka. Tetapi apabila orang yang berautoriti dalam agama menegur kelancangan mereka dan berhujah bahawa ia bercanggan dengan akidah, mereka melenting dan mengecam orang agama atau autoriti agama sebagai mengongkong dan tidak faham tentang bidang mereka.

Ini kesan dualisme dan sekularisasi pendidikan sehingga melahirkan orang Islam yang tidak beriman, malah lebih beriman dengan teori sains yang dicetuskan oleh manusia tidak beragama.

Dalam menjawab soalan ini, Syeikhul-Azhar menjelaskan tentang ilmu empirikal dan pemerhatian sains hanya mampu menjelaskan asas fizik atau dikenali sebagai classical physic atau fizik klasik, seperti keadaan air yang mendidih pada suhu 100 darjah. Tetapi fizik tidak mampu menjawab persoalan kualisitas.

sumber asal:
https://www.facebook.com/share/p/1AqiqbKTwa/

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *