Tidak mudah mendekatkan buku dengan anak-anak muda dan sebaliknya. Dalam era gajet lebih mudah melekat di tangan dan hati generasi muda ini, buku yang kusam dan pegun tidak mendapat tempat di dalam hati mereka.Kerana itu, usah gigih terpaksa dikerahkan bagi membuka minda dan jiwa anak-anak muda semuda 10 tahun ini bagi meminati makhluk ganjil bernama BUKU.

Mereka perlukan sedikit ilmu sebagai pengenalan kepada buku-buku yang akan menarik perhatian mereka untuk pegang, belek dan akhirnya membelinya. Lalu, subjek Falsafah, Tauhid Saintifik, Sejarah Melayu dan Umat Islam, Bahasa Melayu Akademik dan Kesusasteraan Melayu menjadi medan untuk saya membedah otak mereka. Mengusir segala karut marut dan khayalan yang dibaca melalui komik dan animasi yang sia-sia. Juga membasuh hati mereka daripada segala tahyul yang mereka dapat melalui filem-filem merapu dan mengarut.


Pengenalan tokoh akademik dan penulis serta topik-topik berat yang dibahaskan di dalam subjek-subjek ini mendorong mereka membeli buku-buku ilmiah dalam usia mereka baru 14-18 tahun.Namun begitu, mereka hanya sanggup menyentuh karya-karya agung yang sarat dengan pemikiran dan idea yang besar kerana mereka telah dilatih di SINAR. Dalam subjek Sejarah Melayu, mereka telah khatam buku Gerakan Penjajahan dan Anti Penjajahan Tanah Melayu karya Dr Abdul Rahman Abdullah. Dan kini sedang menekuni karya agung HAMKA, Sejarah Umat Islam dan Rahiqul-Makhtoum.

Dalam subjek Falsafah yang menjadi subjek dewa di SINAR, saya sudah khatam bersama mereka beberapa karya agung dari penulis hebat, seperti:-
Falsafah Sains – Dr Mat Rofa Ismail
– Islam and Secularism – Syed Naqib al-Attas
– Wacana Falsafah Barat – Dr Abdul Rahman Abdullah
– Dan kini mereka sedang berenang dalam lautan ilmu yang luar melalui karya Dr Osman Bakar, Tawhid and ScienceItu belum dikira dengan perbahasan yang panjang dan padat dalam buku al-Fiqh al-Manhaji, Qawaid Fiqhiyyah dan Usul Fiqh.Sungguh buku itu adalah lampu yang menyuluhkan sinar ilmu kepada pembacanya.Kami menunggu pula Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diserbu.
Ustaz Rohidzir Rais Mudir SINAR
0 Comments