Bumi Datar dan Fitnah Terhadap Sains Islam, malah Islam

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 16/02/2022

Dakwaan bumi datar, walau pun dijadikan hujah kedangkalan Islam oleh bukan Islam atau orang Islam sendiri, tidak mempunyai tempatnya dalam sejarah sains Islam. Selamanya saintis Islam telah beriktikad bahawa bumi itu bukan rata, tetapi seperti sfera atau lebih tepat oblate ellipsoid.Pengetahuan ini menjadi asas dalam pelbagai kajian astronomi yang menjadikan tamadun Islam dan orang Islam menjadi bangsa yang paling maju dan terkedepan. Mereka mengukur saiz lilitan bumi, meramalkan kejadian gerhana, menyusun taqwim dan belayar hampir ke seluruh glob.Barat pula menjadi kelompok paling mundur dan anti ilmu, hingga tidak sanggup belayar lebih jauh kerana bimbang terjatuh daripada bumi!

Gambaran bumi leper yang dicadangkan oleh sebahagian golongan yang menyakini teori ini.

Sebaliknya sejarah dakwaan bumi datar ini datangnya daripada fahaman purba pelbagai agama dan tamadun. Yunani yang dianggap pelopor falsafah dan ilmu berfikir juga terperangkap dengan dogma dunia datar kerana akal semata tidak mampu menjawab persoalan ini tanpa wahyu.Malah gereja Kristian meletakkan kepercayaan bumi datar dan bumi sebagai pusat dunia sebagai akidah yang wajib diimani oleh penganutnya. Hukuman berat, termasuk bunuh dikenakan kepada mereka yang menyatakan sebaliknya. Sejarah pembunuhan para saintis yang mengemukakan bukti dan teori yang bercanggah dengan gereja adalah sejarah hitam yang cuba ditutupi Barat dengan mendakwa yang dibunuh adalah ahli sihir. Lalu kemunculan semula dakwaan bumi datar ini yang dikaitkan dengan Islam dan al-Quran adalah perkara yang tidak berasas. Malah ia memberikan imej buruk kepada sains Islam dan Islam itu sendiri.

Khayalan tentang bumi leper yang tidak masuk akal.

Tanpa memerlukan penjelasan sains atau naik ke bulan pun, ayat-ayat al-Quran sahaja sudah mencukupi bagi membuktikan bumi ini berbentuk bulat. Penggunaan ayat-ayat al-Quran tertentu sebagai hujah membuktikan bumi datar adalah dangkal. Mana mungkin mentafsirkan al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab yang tinggi kesusasteraannya secara literal tanpa pentafsiran. Lebih melucukan, golongan yang menjuarai isu ini adalah sama ada bukan ustaz atau ustaz yang tidak pakar Bahasa Arab sehingga berhujah berdasarkan terjemahan al-Quran!

Barat mempercayai teori bumi leper ini kerana rendahnya pengetahuan mereka mengenai sains.

Malang pula, para bijak pandai sains dan tidak ketinggalan pelajar-pelajar jurusan sains berlumba-lumba memalitkan lumpur yang dibawakan ini kepada sains Islam. Kononnya ini adalah bukti bahawa sains perlu neutral, tiada sains Islam atau sains Hindu.

Dakwaan bumi datar tidak mempunyai tempatnya dalam Islam. Titik.

* Perbahasan Bumi Datar telah pun diajarkan kepada pelajar SINAR dalam silibus tahun lepas.

Ustaz Rohidzir Rais

Guru Tauhid Saintifik

Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR)

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

8 Mumtaz (Cemerlang) 6 Jayyid Jiddan 2 Jayyid Alhamdulillah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Wan Tasneem Salsabila atas kejayaan lulus tahun pertama di Universiti al-Azhar dalam fakulti Usuluddin. Beliau mendapat pangkat JAYYID JIDDAN. Masih ingat kisah pelajar...

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

Allahu Akbar! Khabar Puteh Bersih dari Bumi Ambia datang lagi mengusik jiwa Alhamdulillah... Tiga orang pelajar Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) telah berjaya menamatkan Syahadah Thanawiah yang melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar pada...

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN... Buku bukan sekadar bacaan di masa lapang, apa lagi sebagai hobi. Ia juga bukan komoditi perniagaan demi mencari laba. Sebaliknya BUKU adalah lambang ketinggian sebuah negara dan ketamadunan sebuah bangsa. Buku adalah neraca bagi menimbang tara...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *