KURSUS KEFAHAMAN AL-QURAN SURAH AL-TAGHABUN

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 16/02/2022

Kerana kanak-kanak juga perlu memahami Kalam Allah!

KURSUS KEFAHAMAN AL-QURAN adalah signature Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) sejak awal penubuhannya di Sepang, lapan tahun lalu.

Saya mengenang kembali kemeriahan dan kecemerlangan pelajar-pelajar muda yang kami bimbing dalam kursus-kursus ini.

Mendengar seorang pelajar, Muhammad Fatihi, menyampaikan syarahan Kefahaman al-Quran bertemankan bulan dan bintang. Pelajar ini telah menyambung pelajaran ke Ma’had al-Buuth al-Azhar, Mesir.

Melalui Kursus Kefahaman al-Quran, pelajar dipekenalkan dengan kaedah memahami al-Quran yang sebelum ini hanya dibaca dan dihafaz. Lihat keterujaan mereka mensyarahkan kembali kalam-kalam Allah yang telah mereka fahami. Mereka membentangkan syarahan ini di hadapan ibubapa dengan hanya menggunakan mushaf al-Quran tanpa terjemahan dan karangan.

Dan orang lain masih membahaskan sama ada kanak-kanak sesuai memahami al-Quran atau tidak? Sekali lagi SINAR melanggar khurafat bahawa kanak-kanak tidak boleh faham al-Quran.

Kali ini Kursus Kefahaman al-Quran kembali lagi dengan membawa Surah al-Taghabun yang akan diadakan selama 7 hari, 07 sehingga 13 Mac 2022. Sila lihat maklumat lanjut pada poster di dalam gambar.

Surah al-Taghabun membimbing para peserta mengenali sains ketuhanan bagi melawan sains kebendaan yang diajarkan di sekolah. Sains bukan soal kemajuan dan inovasi tetapi mencari kesan-kesan kewujudan seorang Pencipta dengan menerokai alam ciptaan-Nya

Ia menanam keyakinan kepada anak-anak muda ini bahawa kehidupan material ini hanya sementara dan Kiamat adalah pasti dan kebangkitan semula semua manusia tidak dapat dielakkan. Lalu bersiaplah wahai anak menghadapi kehidupan kali kedua yang lebih abadi.

Sebagai anak, jangan sampai mereka menjadi fitnah kepada ayah dan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka. Dan sebagai ibu dan bapa, suatu hari nanti, mereka perlu memastikan anak-anak dan pasangan tidak menjadi asbab mereka dihumban ke neraka!Setelah bertahun-tahun anak-anak diajarkan memahami kalam manusia dalam buku-buku teks, mengapa tidak rehatkan jiwa dan minda mereka dengan menaakul kalam Sang Pencipta.

Zombies hand silhouette

Daftarkan anak-anak anda sekarang.

Hubungi Mudir SINAR, Ustaz Rohidzir Rais, 019-3459257

Atau gabungkan Kursus Kefahaman al-Quran dan Kursus Imam Cilik dengan harga Kombo:RM450 + RM450 = RM900.00 – RM50.00 = RM850.00KURSUS IMAM CILIK (Taharah & Solat)
https://www.facebook.com/photo?fbid=10223668824163332&set=a.1223249936077

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

Membumikan Syariat Tuhan dalam Setiap Ranah Kehidupan Manusia Idea pelajar-pelajar muda membentangkan kajian mereka di dalam dewan kuliah universiti di hadapan orang awam, pelajar dan mungkin pensyarah, telah lama ada sejak Sekolah Islam Nur al-Azhar mula ditubuhkan....

SEMINAR MUAMALAT KONTEMPORARI SINAR 2025

SEMINAR MUAMALAT KONTEMPORARI SINAR 2025

Luar Biasa... Itu ungkapan yang boleh saya berikan kepada barisan pembentang Seminar Muamalat Kontemporari SINAR 2025 yang menamatkan acara pada jam 11 malam. Mereka telah memulakan progam ini pada jam 9.30 pagi ini. 20 orang pelajar dari kelas Mutafauwiq Awwal,...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *