KETIKA BULAN TENGGELAM DI LANGIT

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 22/02/2022

Sebuah Certot oleh Muhammad Al-Ameen bin Zulkifli

Nafas dihembus berat berkali-kali. Keringat mengalir di pipinya sehingga ia menitis ke hujung jari kakinya. Pandangannya mula tidak menentu kadang ke sana kemudian memandang ke arah sini. Kepalanya mula sakit dan tidak mampu untuk berkata apa. Ramai manusia melihat dirinya yang sedang bimbang seorang diri di hadapan mereka. Mereka saling berbisikan dan bisikan mereka mengganggu untuk dia berfikir. Lalu hakim mengetuk tukulnya pada mejanya tanda mahu diberikan perhatian. “Sila beri perhatian! Kes ini bukan kes yang boleh dianggap remeh malah ia adalah kes pembunuhan bersiri. Saksi. Wani, sila ke hadapan dan juga Ali, sila ke hadapan.” Mereka berdua melangkah ke hadapan.

     “Mereka ini adalah mereka yang mendakwa bahawa Lutfi adalah orang yang membunuh ahli keluarga mereka. Wani ibundanya dan Ali adiknya. Bukti-bukti telah diberikan pada saya dan hasil juga ada pada saya bermakna keputusan juga ada pada saya.” Hakim itu memandang tajam ke arah Lutfi.

     Peguam yang membela Lutfi sedang berfikir juga keringat membasahinya. Kepenatan dia berfikir dari semua aspek malah bukti segalanya sudah nyata dan tidak boleh pertahankan lagi. Dirinya ditenggelami rasa simpati pada Lutfi. Dia tidak mampu lagi menyelamatkannya melainkan satu cara. Pengakuan.

Peguam yang membela mangsa kejadian itu memandang ke arah Lutfi. Dia hairan melihat Lutfi dengan wajah bimbangnya itu malah ia disertai dengan kecewa. Persoalan bermain di fikiran peguam itu. Mengapa? Soal dirinya. 

Hakim berdiri dan diiringi yang hadir ke mahkamah itu yang ia tergolong daripada kerabat mereka yang berkenaan. Keluarga, sahabat, rakan kerja dan seumpama dengannya. “Keputusannya adalah…” jantung Lutfi berdegup dengan laju sama juga dengan peguam yang membelanya. “… Lutfi disahkan sebagai seorang pembunuh bersiri. Dikhususkan lagi sebagai seorang psikopat.” Menjeling ke arah Lutfi dan tersenyum sinisnya seorang diri.

     Titis air mata lutfi mengalir ke pipinya. Badan peguam itu bergetar melihat hasil yang diperolehinya. Dia mengelap matanya dan tidak merasakan ketenangan dalam dirinya. Tiga pegawai datang dan membawa Lutfi bersamanya. Lutfi menangis dan wajahnya tidak lagi menggambarkan harapan. Wani melihat kepada Lutfi sebelum dia keluar dari mahkamah dan dia tidak merasai kenikmatan memperolehi kebenaran. Apa yang tertinggal? Wani mempersoalkan dirinya. Ali sedar dengan wajah Wani yang penuh dengan kehairanan. “Mengapa?” Soal Ali kepada Wani.

     Wani menggelengkan kepalanya dan dia mula merasai tidak tenang. Dia memalingkan pandangannya ke arah peguam yang membela Lutfi itu. Dia juga kelihatan simpati dan tidak tenang dengan peluh yang membasahi dirinya. Bermakna dia tahu perkara yang sebenar tetapi mengapa? Bual hatinya.

Wani menundukkan dirinya pada hakim tanda hormat dan terima kasih dan pergi ke arah peguam itu. “Mehdi? Ada apa-apa yang kamu tidak beritahu kami?” soalnya. Wajahnya berubah menjadi lain daripada asalnya. Menjadi kosong. “Tiada apa yang mahu diberitahukan lagi. Segalanya sudah terbukti bahawa dia itu adalah pembunuh bersiri atau jika dikatakan dengan lebih khusus seorang psikopat.” Kata Mehdi.

 Wani tersentap melihat sifatnya yang berubah secara spontan itu. Peguam itu mengemaskan barangnya dan pergi. Wani melihat Ali yang sedang berbual bersama peguam yang membantu mereka berdua. Ali kelihatan begitu gembira. Pelik? Soal Wani. Wani merasakan terdapat sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Adakah benar Lutfi pembunuh atau orang lain tetapi siapa? Soalnya dalam mindanya. Hatinya masih tidak merasakan kepuasan.

Namun, hakim itu mendapat sepucuk surat oleh pegawai mahkamah. Dia bertanya pada pegawai itu dari siapa surat ini diberikan tetapi tidak diketahui. Katanya dia menjumpai surat itu di peti surat. Hakim membukanya dan membacanya.

Peguam yang membela, Mehdi sedang berjalan di koridor mahkamah. Seorang diri, berjalan dengan perlahan. Sambil itu, Hakim terkejut lalu menjerit dan mencampakkan surat itu. Wani dan yang lain terkejut dengan kelakuan hakim. Dia melihat surat itu dan mengambilnya. Dia membacanya. Keadaan menjadi sunyi penuh dengan persoalan, apa yang ditulis pada surat itu? Ali pelik melihat Wani dan memanggilnya, “Wani? Kamu baik?”

Dia bergetar tak terhingga lalu jatuh ke lantai. Ali segera mendapatkannya dan bertanya pada dia. Dia langsung tidak beri tindak balas setelah membaca surat itu. Ali mengambil surat itu dan membacanya. “Daripada sahabat?” hairan Ali. Surat itu tertulis, “Seronokkan permainan ini, bukan? Jom bermain lagi. Masa terbentang luas, daripada sahabat.”

Ali mengerutkan dahinya kerana tidak faham situasi itu. Apakah?

 Seorang daripada yang hadir keluar dari mahkamah. Segalanya menjadi suram, sepi. Seorang lelaki berada di luar mahkamah berdiri di tepi jalan termenung ke arah mahkamah. Berpakaian gelap menutupi seluruh anggota kecuali matanya. Lalu dia senyum seorang diri. Mentertawakan kehuru-haraan manusia mencari pembunuh keluarga mereka.

-TAMAT-

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

CINTA

CINTA

Sebuah certot oleh Rohidzir Rais Dia berjalan perlahan-lahan ke bangku panjang yang disediakan di tepi taman itu. Dia berusaha sebaik mungkin untuk melangkah dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan bunyi. Lelaki yang duduk di atas bangku itu tidak sepatutnya diganggu....

Sempurna

Sempurna

Sebuah certot oleh Muhammad Wahbah Zuhaily bin Rohidzir “Jangan jadi bodoh, Sofia. Dunia menuntut kesempurnaan ini. Lihat pada Johan dan Kali!” jarinya yang kurus menuding pada dua manusia di hujung bilik. Kelihatan sedang menghidu sesuatu seakan asap berwarna merah....

MARUAH

MARUAH

Sebuah Certot oleh Raja Harraz “Huh, huh. Arghh! Aku tidak mampu. Maafkan aku, Wasim. Aku tidak menyangkakannya,” ujarnya di dalam hati dengan nafas yang tercungap-cungap. Darah Wasim yang terpercik ke wajahnya dalam keadaan segar dan panas masih belum sempat...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *