PERKEMBANGAN OTAK ANAK LEBIH CEPAT DARIPADA KEMAHIRAN MOTOR TANGAN

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 21/02/2022

Jangan Abaikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Hatta ketika di dalam Rahim Ibu

Anak-anak muda ini teruja dengan ilmu baru yang mereka pelajari dan berebut-rebut menghantar tugasan. Saya percaya anak-anak ini mampu mencipta kecemerlangan dalam akademik dan kehidupan. Dari kanan, Wan Umar (10 tahun), Hasif (12 tahun), Bunyamin (10 tahun) dan Anas Aqif (10 tahun)

Hari ini, saya mengajar Nahu di kelas C yang menempatkan pelajar-pelajar baru yang kebanyakannya berusia 10-15 tahun. Bagi pelajar dalam usia 10-12 tahun, mereka belum mampu menulis dengan baik sama ada tulisan rumi apatah lagi tulisan Arab. Kerana itu, saya perlu memberikan masa kepada mereka untuk menyalin latihan atau tugasan yang diberikan.

Pun begitu, tulisan yang buruk ini menulis ilmu yang sempurna dan tepat. Jawapan yang mereka berikan kebanyakannya betul atau hampir tepat. Walau pun saya baru mengajarkan asas jumlah feeliah atau ayat yang bermula dengan kata kerja dalam masa kurang 30 minit.

Tulisan yang comot tetapi ilmunya tidak.

Ini menunjukkan kemampuan mereka memahami pelajaran yang lebih tinggi daripada usia mereka adalah perkara yang mungkin. Kerana itu. di SINAR saya sentiasa membenarkan pelajar muda berada di dalam kelas pelajar lebih beruia. Malah kelas Kefahaman al-Quran yang saya bimbing menempatkan semua pelajar lama dan baru tanpa mengira usia. Latih tubi dengan mengulangi dengan sebutan saya gunakan bagi melekatkan pemahaman mereka. Malah tadi, seorang pelajar berusia 10 tahun diminta ke hadapan kelas dan membentangkan kembali apa yang saya ajarkan berdasarkan peta minda di papan putih.

Menakjubkan dia berjaya melakukannya. Lebih menarik dalam ujian membina ayat yang bermula dengan kata kerja, beberapa orang pelajar berusia 10 tahun terlebih dahulu siap dan jawapan mereka betul. Menunjukkan pemahaman mereka yang cepat dan tepat. Sedangkan beberapa orang pelajar berusia lebih tua daripada mereka belum siap dan jawapan mereka tidak tepat.

Tulisan Muhammad Anas Aqif, 10 tahun, cuba membina ayat menggunakan kata kerja. Tidak tepat sepenuhnya tetapi memadai. Mungkin suatu hari nanti anak-anak ini akan menulis kitab dalam Bahasa Arab.

Keadaan sama berlaku kepada anak-anak yang lambat membaca. Itu tidak bererti perkembangan otak mereka terbantut. Anak bongsu saya, Maryam Humaira, pada usia 7 tahun belum mampu membaca dengan baik (mungkin kerana abahnya sibuk mengajar anak orang lain). Tetapi mindanya berkembang dengan pantas termasuk kemampuannya bertanyakan soalan yang beraras tinggi. Dia juga mampu menerangkan kembali cerita atau peristiwa yang dilihat atau didengarinya. Maryam adalah satu-satunya anak saya yang lewat membaca tetapi amat cepat mengira.

Tulisan Muhammad Bunyamin, 10 tahun, yang berusaha menyelesaikan tugasan yang diberikan. Pelajar ini paling rajin bertanya. Dia juga berjaya menerangkan kembali pelajaran hari ini di hadapan kelas dengan cemerlang. Alhamdulillah.

Sebaliknya, sebahagian besar sekolah enggan mendedahkan pelajaran lebih tinggi kepada kanak-kanak pada tahap usia ini kerana melihat tulisan mereka yang comot dan belum berkembang.

Foetal brain development, artwork. During the 4th week (25 days) the neural tube begins to differentiate into a spinal cord, forebrain, midbrain and hindbrain. These areas continue to develop over the 5th week (35 days). During the 6th week (40 days) the forebrain differentiates into the telencephalon and diencephalon. The telencephalon develops into the hippocampus, basal ganglia, amygdala and the cerebral cortex. The diencephalon develops into the thalamus and hypothalamus. By the 8th week (50 days) the cerebral hemispheres have formed and the brain is growing rapidly. By the 15th week (100 days) the cerebellum and medulla oblongata have formed from the hindbrain.

Sedangkan fungsi motor pada tangan berkembang lebih lambat daripada otak yang sebenarnya telah sempurna perkembangannya di dalam rahim ibu. Kajian sains mendapati, otak embrio telah sempurna terbentuk ketika ia berada di dalam rahim ibunya lagi. Kerana itu, mereka percaya janin mampu belajar melalui apa yang dirasai dan dikesan di sekelilingnya termasuk di luar perut ibu.

Majalah Science dalam sebuah artikel bertajuk “Babies Learn to Recognize Words in the Womb” menjelaskan bahawa janin mampu mempelajari banyak perkara ketika di dalam perut ibu. Sebagai permulaan, sistem pendengar juga telah berfungsi lebih awal daripada deria yang lain memungkinkan janin mendengar dan mengutip maklumat daripada persekitarannya, termasuk degupan jantung si ibu. Ini bertepatan dengan ayat-ayat al-Quran bahawa pendengaran adalah deria pertama disempurnakan ciptaannya sebelum penglihatan.
https://www.science.org/content/article/babies-learn-recognize-words-womb

Artikel ini juga menyatakan bahawa janin mampu mempelajari bahasa dengan mendengar perkataan-perkataan yang didengari dari luar rahim. Penyelidik juga mendapati seorang ibu yang menggemari jenis muzik tertentu dan kerap mendengarnya menyebabkan bayi yang baru lahir memberikan respons kepada muzik yang biasa didengarinya. Bagaimana jika si ibu mendengar perkataan kesat dan maki hamun daripada bapa atau orang lain atau mendengar lagu-lagu yang kasar?

Saya kerap menyaksikan anak-anak kecil kepada peniaga kedai meninggalkan anak mereka di dalam buai dekat dengan speaker yang dipasangkan lagu-lagu lagha. Dalam hati saya berkata, kasihannya anak ini. Bagaimana pula anak-anak yang diberikan telefon bimbit dan tap untuk melayari Youtube kanak-kanak dalam tempoh yang lama.

Kerana itu, amalan membaca al-Quran dan berzikir ketika hamil adalah amat bermanfaat kepada anak-anak. Jadi ibubapa, jika mahu anak yang bakal lahir menjadi seorang penghafaz al-Quran atau seorang alim, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Bagi suami, bacakan al-Quran di hadapan isteri yang sedang mengandung dan bayi kecil.

Bagi pelajar-pelajar baru SINAR pula. Mereka sudah menunjukkan kecintaan mereka kepada Bahasa Arab yang selama ini dirasakan susah. Buku apa yang digunakan? Soalan yang kerap ditanya kepada saya. Sebenarnya tiada buku nahu khas yang saya gunakan. Sebaliknya saya mengajar dengan apa yang ada di kepala dan pengalaman memahami Nahu dan Sorof. Saya kemukakan kaedah yang paling mudah difahami dan paling cepat dipraktiskan. Bebeapa bab dalam Nahu yang memakan masa lama untuk difahami dapat diselesaikan dalam masa kurang dua jam atau satu waktu. Alhamdulillah.

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir SINAR

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

WAN TASNEEM LULUS TAHUN SATU AZHAR DENGAN JAYYID JIDDAN

8 Mumtaz (Cemerlang) 6 Jayyid Jiddan 2 Jayyid Alhamdulillah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Wan Tasneem Salsabila atas kejayaan lulus tahun pertama di Universiti al-Azhar dalam fakulti Usuluddin. Beliau mendapat pangkat JAYYID JIDDAN. Masih ingat kisah pelajar...

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

TIGA PELAJAR SINAR BERJAYA KE UNIVERSITI AL-AZHAR

Allahu Akbar! Khabar Puteh Bersih dari Bumi Ambia datang lagi mengusik jiwa Alhamdulillah... Tiga orang pelajar Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) telah berjaya menamatkan Syahadah Thanawiah yang melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar pada...

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN

BUKU, LEGASI TAMADUN... Buku bukan sekadar bacaan di masa lapang, apa lagi sebagai hobi. Ia juga bukan komoditi perniagaan demi mencari laba. Sebaliknya BUKU adalah lambang ketinggian sebuah negara dan ketamadunan sebuah bangsa. Buku adalah neraca bagi menimbang tara...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *