Sempurna

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 21/02/2022

Sebuah certot oleh Muhammad Wahbah Zuhaily bin Rohidzir

“Jangan jadi bodoh, Sofia. Dunia menuntut kesempurnaan ini. Lihat pada Johan dan Kali!” jarinya yang kurus menuding pada dua manusia di hujung bilik. Kelihatan sedang menghidu sesuatu seakan asap berwarna merah.

Sofia menjengilkan mata. Mulutnya yang disumbat kain hanya mampu menggumam. Badannya sakit diikat dengan ketat selama dua hari lebih. Air mata laju menuruni pipi. Tudungnya kusut dengan peluh dan kotoran. Badannya menggigil ketakutan.

“mereka mampu mencapai apa saja yang mereka hajati!” jarinya yang kurus bergerak merapati bibir mungil Sofia perlahan-lahan menanggalkan kain yang menutup mulut Sofia. Namun bukan bagi membenarkan dia bersuara sebaliknya menujah satu tiub ke dalam mulut Sofia dengan kasar hingga melukakan bibir Sofia.

“Abang! Cukuplah!” Jerit Sofia dengan sisa tangisan yang masih tersisa. Darah dibiarkan tumpah ke pakaian putih yang dipakainya.

“kau tidak faham, Sofia…”

“apa yang aku tidak fahami, Abang? Kesengsaraan abang? Kematian ibu? Kemiskinan bapa?” Sofia memandang abangnya dengan mata yang bergenang. Abangnya terkesima.

“Sofia faham semuanya, abang. Abang kecewa dengan hidup kita anak beranak. Miskin. Tapi abang tidak ingat bagaimana gembiranya keluarga kita sehari-hari? Kita miskin, tetapi kita tetap bahagia. Kita bahagia satu masa dahulu…”

“Satu masa dahulu!” jeritan abang meletus dengan tiba-tiba menyebabkan telinga Sofia berdesing kuat. Abangnya mendekatkan wajahnya pada wajah Sofia.

“Bahagia? Kita sentiasa dihina di semua tempat kita pergi, dik! Di sekolah, di  rumah malah di mata sesiapa pun!” Sofia mula memalingkan wajahnya akibat suara abangnya. Esaknya kedengaran lagi seperti bayi yang menangis apabila dimarahi.

“Kau tahu mengapa kita selalu berada di bawah, Dik?” suara abang Sofia mula mengendur. “Kerana kita masih manusia…”

Sofia terpana dengan jawapan abangnya. Sendunya berhenti mendadak. Abangnya menjarakkan diri.

“Manusia ada had, Sofia. Manusia sentiasa terikat dengan sesuatu bernama Kematian. Kecederaan. Kelaparan. Kealpaan…”

“Dami, hentikan!”

“…Tidak! kau adik aku, Sofia. Aku mahu kau sempurna!” serentak dengan itu Kali dan Johan bergerak ke arah panel-panel yang berada di sekeliling mereka.

“Inilah sempurna, Dami. Manusia hidup dan mati itu sempurna! Manusia sakit dan cedera kerana ia sempurna! Manusia makan dan minum kerana ia sempurna!” kata-kata Sofia bagai merenjat tiga lelaki di hadapannya.

“Apa gunanya hidup jika begitu, huh?”

“Kita tahu kita akan mati maka kita akan hargai segalanya. Memori, perasaan dan semua individu. Kita akan berusaha untuk lakukan yang terbaik untuk semua itu kerana kita tahu masa kita terhad”

“Mengarut! Sofia, Kali dan Johan baik saja?” Dami membaling sebilah pisau tepat ke bahu Kali. Walaupun pisau itu tertancap hingga separuh namun Kali langsung tidak memberikan sebarang riak. Johan dengan selamba menarik pisau itu keluar dari bahu Kali dan membalingnya semula pada Dami. Perlahan-lahan luka Kali bercantum. Sofia terpana melihat semua itu.

“Nampak? Formula Aquos sudah berjaya Sofia!” kata Johan dengan nada tinggi. Dami nampak bangga. Namun Kali hanya senyap dari tadi seakan patung.

“Kali?” Sofia menegur jejaka India itu. Pada pandangannya ada sesuatu yang tidak kena dengan Kali semenjak tadi.

“aku rasa…Sofia benar, Johan. Aku sudah muak dengan badan ini! Aku rindu untuk merasakan dengan perasaan seperti dahulu. Aku mahu makan dan minum seperti dahulu!” bahu Kali terhenjut-henjut keras. Kemudian Kali senyap dan tidak bergerak. Mata hitamnya hilang. Badan Kali menghitam Johan dan Dami tergamam. Sofia menjeling abangnya dengan tajam.

Inikah kesempurnaan?

Tamat

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

CINTA

CINTA

Sebuah certot oleh Rohidzir Rais Dia berjalan perlahan-lahan ke bangku panjang yang disediakan di tepi taman itu. Dia berusaha sebaik mungkin untuk melangkah dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan bunyi. Lelaki yang duduk di atas bangku itu tidak sepatutnya diganggu....

KETIKA BULAN TENGGELAM DI LANGIT

KETIKA BULAN TENGGELAM DI LANGIT

Sebuah Certot oleh Muhammad Al-Ameen bin Zulkifli Nafas dihembus berat berkali-kali. Keringat mengalir di pipinya sehingga ia menitis ke hujung jari kakinya. Pandangannya mula tidak menentu kadang ke sana kemudian memandang ke arah sini. Kepalanya mula sakit dan tidak...

MARUAH

MARUAH

Sebuah Certot oleh Raja Harraz “Huh, huh. Arghh! Aku tidak mampu. Maafkan aku, Wasim. Aku tidak menyangkakannya,” ujarnya di dalam hati dengan nafas yang tercungap-cungap. Darah Wasim yang terpercik ke wajahnya dalam keadaan segar dan panas masih belum sempat...

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *