
Allahu Akbar! Khabar Puteh Bersih dari Bumi Ambia datang lagi mengusik jiwa
Alhamdulillah… Tiga orang pelajar Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) telah berjaya menamatkan Syahadah Thanawiah yang melayakkan mereka untuk menjejakkan kaki ke Universiti al-Azhar pada sesi 2022/23 ini.
Mereka adalah Anakanda Muhammad Abbas Shahrizal (17 tahun), Anakanda Nur Tasnim Yusry (17 tahun) dan Nurun NiSa MaSuri (20 tahun). Jika tahun lepas, seorang pelajar SINAR berusia 15 tahun menggemparkan negara apabila berjaya masuk ke Universiiti al-Azhar dalam usia muda, maka tahun ini mengulangi kecemerlangan yang berganda. Ia menjadikan empat orang pelajar SINAR telah berada di universiti
terbaik di dunia ini.
“Perjuangan tiga tahun tidak sia-sia,” ulas Abbas dalam whatapp yang dikirimkan kepada saya. Bukan mudah untuk anak muda berusia 14 tahun ini meninggalkan ibubapa dan tanah air untuk hidup berdikari bersama rakan-rakan seusia. Semuanya kerana kecintaan mereka kepada ILMU!
Ketika anak-anak muda seperti mereka dihina kerana memasuki Ma’had al-Buuth al-Azhar yang dipandang sebelah mata oleh pelajar lain dan pihak atasan, mereka membukti diri mereka setanding atau lebih baik. Biarkan kejayaan ini menjadi hentakan kemarahan di atas penginaan yang mereka simbahkan kepada anak-anak ini. Hanya kerana mereka muda tidak menjadikan mereka bodoh dan tidak tahu menjaga diri.
SINAR belum berpuas hati dengan empat orang pelajar ini. Sebaliknya, empat orang pelajar lagi masih berjuang dalam peperiksaan ulangan beberapa subjek. Jika berjaya, bererti empat orang lagi pelajar SINAR akan mengikut jejak rakan-rakan mereka. Ia menjadikan semuanya lapan orang anak SINAR di bawah naungan al-Azhar yang mulia. Allahu Akbar!
Doakan untuk anak-anak saya yang sedang berhempas pulas bagi membuktikan bahawa usia bukan indikasi ilmu dan kematangan. Sebaliknya kesungguhna dan kegigihan yang mematangkan dan mencerdikkan. Apakah terlalu sukar untuk menghargai mereka?
Dan saya, Rohidzir Rais, pengasas bersama dan Mudir Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) akan terus gigih bersama barisan pembimbing yang cekal dan berjiwa murni. Kami belum berputus ada dengan segala tekanan dan halangan yang diberikan. SINAR akan terus menyelamatkan anak-anak muda yang cilik ini untuk diberikan silibus
terbaik dalam bidang agama dan Bahasa Arab.
Pengambilan pelajar untuk sesi 2023 akan diadakan pada 15 Oktober 2022 ini, dan saya berhasrat mengambil lebih ramai pelajar muda, bijak dan berakhlak mulia. Mereka akan kami siapkan dengan ilmu, kematangan dan semangat kental Lalu akan kami kirimkan setiap tahun anak-anak ini ke Universiti al-Azhar.
Ustaz Rohdizir Rais
Pengasas dan Mudir SINAR
Pendaftaran: https://asis.awfatech.com/asis0036/
Maklumat lanjut: sinarazhari.com
0 Comments