
8 Mumtaz (Cemerlang)
6 Jayyid Jiddan
2 Jayyid
Alhamdulillah dan Setinggi-tinggi Tahniah kepada Wan Tasneem Salsabila atas kejayaan lulus tahun pertama di Universiti al-Azhar dalam fakulti Usuluddin. Beliau mendapat pangkat JAYYID JIDDAN.
Masih ingat kisah pelajar SINAR yang berusia 15 tahun berjaya masuk ke Universiti al-Azhar tahun lepas? Inilah pelajarnya yang akan mengikuti tahun kedua pada bulan Oktober ini untuk sesi 2022/23 pada usia 16 tahun.
SINAR amat berbesar hati dan bersyukur kepada Allah atas kejayaan pelajar-pelajarnya di Mesir. Ia membuktikan, berkali-kali, bahawa silibus yang disusun di sini memenuhi keperluan peringkat Universiti al-Azhar.
Jutaan penghargaan juga kepada pihak Al-Azhar yang berbesar hati menerima pelajar SINAR, WAN TASNEEM SALSABILA, memasuki universiti pada usia 15 tahun yang bercanggah dengan peraturan asal usia yang layak ke peringkat ini.
Bagaimana sekiranya pelajar-pelajar bijak dan muda seperti Wan Tasnim ini dihalang daripada memasuki Mahad Buuth al-Azhar dan Universiti al-Azhar, bukan oleh pihak Azhar, tetapi oleh pihak lain?
Kita berbangga pelajar muda berjaya dalam bidang lain, tetapi skeptikal apabila pelajar muda berjaya dalam bidang agama!
_______
SINAR masih terus mencari pelajar muda yang bijak dan berketerampilan tinggi untuk dibimbing dalam bidang agama Islam secara khusus. Dan menyambung pelajaran ke Univerisiti al-Azhar.
Temuduga dan taklimat pelajar dan ibubapa akan diadakan pada 15 Oktober 2022 untuk sesi pengajian 2023.
Maklumat lanjut dan pendaftaran temuduga
Layari: sinarazhari.com
0 Comments