PEMBACA HARI INI ADALAH PENULIS HARI ESOK

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 30/06/2022

SINAR@PBAKL2022

Pelajar SINAR di mana-mana…

Pembaca hari ini adalah penulis hari esok.

Berpegang kepada kenyataan ini, Sekolah Islam Nur al-Azhar (SINAR) menyewa dua buah bas bagi membawa semua pelajar dan gurunya ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di PWTC.

Sebelum dibawa ke sini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai jenis bahan bacaan dan beberapa orang penulis terkenal juga sudah diperkenalkan. Kalau tidak kenal, masakan dapat bercinta. Lalu apabila berpeluang berada di Syurga Buku ini, para pelajar bagaikan tikus jatuh ke dalam beras!

Di mana-mana sahaja pelajar SINAR yang segak dengan baju batik berada. Membeli buku-buku di rak, beratur panjang untuk membayar dan menyerbu penulis-penulis yang menjadi idola mereka bagi mendapatkan tanda tangan.

“Mudir kami, Ustaz Rohidzir Rais kirim salam kepada Tuan,” kata mereka kepada penulis-penulis ini. Bijak betul mereka menjual nama mudir mereka. Mentang-mentang kebanyakan penulis adalah rakan mudir!

Pelajar-pelajar SINAR bersama Tuan Abdul Latip Talip, penulis novel sejarah terkenal.

Saya dapati pelajar paling banyak membeli buku-buku sejarah tulisan Tuan Abdul Latip Talip. Mungkin kerana di SINAR, buku-buku beliau banyak disediakan di perpustakaan. Penulis aksi hebat, @Hilal Asyraf juga menjadi penulis kegemaran pelajar. Untuk komik, pelajar SINAR hanya membeli komik keluaran MISI dan Komik-M.

Mendapatkan tandatangan Hilal Asyraf, penulis novel aksi Islam yang terkenal.

Mengejutkan juga apabila saya mendapat ramai pelajar membeli buku-buku ilmiah termasuk dalam bidang falsafah, kesusasteraan Melayu, sejarah, fiqh dan sains Islam. Jika mereka menjadi penulis nanti, Insyallah mereka akan menjadi penulis-penulis yang hebat!

Saya juga mahu mereka menyaksikan pelancaran buku saya Ensikopedia Solat Premium di pentas utama. Saya mahu menyatakan dengan lantang kepada mereka bahawa hari ini Ustaz berdiri di pentas ini sebagai seorang penulis. Tetapi 15-20 tahun nanti pastikan anak-anak murid saya pula yang berdiri dengan bangga di atas pentas ini sebagai penulis-penulis hebat yang berjuang memandaikan bangsa.

Jika mahu industri buku diteruskan, generasi baru penulis wajib dilahirkan.

Ustaz Rohidzir Rais

Mudir SINAR & Pengarang 68 buah buku

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

SEMINAR SINAR AZHARI 2025

Membumikan Syariat Tuhan dalam Setiap Ranah Kehidupan Manusia Idea pelajar-pelajar muda membentangkan kajian mereka di dalam dewan kuliah universiti di hadapan orang awam, pelajar dan mungkin pensyarah, telah lama ada sejak Sekolah Islam Nur al-Azhar mula ditubuhkan....

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *