SAYA MASIH SEORANG PENULIS, Rohidzir Rais

Written by rohidzir.rais@gmail.com

On 30/06/2022

Simpan di sini gambar ini sebagai kenangan dan peringatan untuk kembali lagi ke pentas ini pada tahun-tahun akan datang dengan karya-karya terbaru.

Menghasilkan buku tidak mudah, tetapi memastikan karya itu terus berada di rak-rak buku adalah payah dan memerlukan jerih usaha yang tidak sedikit.

Saya juga meraikan dengan penuh kesyukuran buku ini yang merupakan karya ke-68 setakat ini. Sebuah buku terbitan sendiri akan menyusul selepas saya pulang dari Mesir bulan hadapan. Buku “Analisis Seruan Jihad & Strategi Politik Rasulullah dalam Surah Muhammad dan al-Fath” adalah kesinambungan daripada Siri Kefahaman al-Quran. Ia sebuah karya penting yang diterbitkan kerana kecintaan saya kepada al-Quran dan mahu masyarakat menghargainya.

Sebuah lagi ensiklopedia juga dalam proses akhir pruf dan semakan susun atur. Memerlukan dana yang besar juga untuk cetakan dan pasaran sendiri dengan modal yang amat terhad.

PBAKL kali ini mempamerkan harapan baru kepada penerbit dan juga penulis. Berapa banyak tulisan yang hanya disimpan di dalam folder laptop dan tidak diterbitkan kerana kelesuan industri ini. Mungkin sudah masanya bahan-bahan ini diusahkan untuk diterbitkan.

Senyuman pada wajah para pempamer dan juga penerbit di PBAKL 22 adalah isyarat positif untuk kebangkitan industri buku. Mungkin ini rahsia Allah menangguhkannya selama dua tahun.

Waallahu A’lam

Ustaz Rohidzir Rais
Pengarang

Kategori Artikel

Follow Us

Divi.

Quisque velit nisi, pretium ut lacinia in, elementum id enim.

Kongsi Artikel Ini

You May Also Like…

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *